Bukit Jalil,

Kuppa Tea Cafe Tarikan Terbaru Di Puncak Jalil Boleh Lepak2

Khamis, Februari 11, 2016 Mahamahu 4 Comments

 SUDAH TUTUP

Kuppa Tea Cafe Tarikan Terbaru Di Puncak Jalil Boleh Lepak2 - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kalau time nak lepak sembang2 dengan kawan2 mana selalu korang akan cari? Kedai fast food ker, kedai mamak ker atau kafe kopi. Kalau Maha lah selalu lepak kat rumah jer tapi kalau kawan2 ajak mesti carai kafe kopi. Barulah boleh mengopi sambil sembang2 dan gosip2 hehehe.




Hari ni Maha ada satu lagi kafe baru yang dibuka area rumah Maha kat Bukit Jalil ini. Kuppa Tea Cafe nak kata kafe hipster Maha tak tahu sangat tapi korang mesti tahu macam mana rupa kafe hipster ni kan. Kafe ini agak tenang dalamnya dan juga lebih selesa dan luas serta dekorasi pada dinding agak unik dana menarik. 




Korang boleh tengok sendiri kat dinding ini ada lakaran kartun2 yang comel dan agak lebih funny.
Makanan kat sini pun agak best sebab ada makanan lokal dan juga makanan barat. Ada banyak variati pilihan untuk dewasa mahupun kanak2. Cuma hari tu Maha lepak dengan kawan sempat cuba beberapa hidangan makan agak berat sikit.

Nasi Goreng Minang (RM  8.90)

First Maha cuba adalah masakan tempatan iaitu Nasi Goreng Minang. Specialnya nasi goreng ini dalamnya ada rasa serai dan juga kunyit yang agak kuat tapi masih memenuhi selera makanan orang tempatan macam kita ni. Dalam hidangan ni juga ada bersama dengan acar timun dan juga keropok ikan. Telur goreng tu Maha add on sahaja tak ada dalam set ini. 

Aglio Olio (RM 15.90)

Kawan Maha pula cuba makanan barat iaitu Aglio Olio yang ada bersama dengan udang segar dan juga roti bawang putih. Minuman kat kafe ini mesti special minuman kopi tapi Maha tak berapa nak minum sangat so Maha pilih lah Lychee Yogurt Smoothies. Segar dan sedap juga minuman ni. Kemudian kawan Maha yang pilih Matcha Green Tea Latte comel jer rupa teh ini hehehehe..

Choruss (RM 7.90)

Matcha Green Tea Latte (RM 7.50) & Lychee Yogurt Smoothies (RM 9.90)


Selain tu juga kalau nak makan ringan2 ada juga kat Kuppa Tea Cafe ni macam Choruss dan juga Meet Ball. Maha sempat cuba Choorus kat sini besar2 tau memang padan dengan harganya. Lepas ni mana2 kawan yang ada area Puncak Jalil ni kalau rasa nak lepak2 boleh lah pili kafe ini. Kalau nak detail boleh pergi ker laman facebook mereka kat sana sentiasa ada promiso dan juga tawaran terbaru di kafe ini. Selamat menjamu selera ok.

KUPPA TEA CAFE
Alamat : No. 80-G, Jalan PUJ 3/2, Taman Puncak Jalil, 43300 Seri Kembangan
Waktu operasi :
Selasa - Sabtu : 1PM - 11PM
Ahad : 7am - 12pm 5.00pm - 10pm
Tutup hari Isnin








4 ulasan: