Aiskrim,Sangkaya Dari Sebiji Kelapa Menjadi Secawan Aiskrim Disukai Rakyat Malaysia
Sangkaya Dari Sebiji Kelapa Menjadi Secawan Aiskrim Disukai Rakyat Malaysia - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Maha pertama kali dengar tentang aiskrim kelapa ini daripada program Majalah3. Masa tu tak tahu begitu popularnya aiskrim buatan tempatan dari buah kelapa. Sebelum ni kita tahu untuk minum air kelapa muda dan juga santan kelapa saja.
|
Askrim Kelapa |
|
Aiskrim Teh Ijo |
|
Aiskrim Teh Tarik |
Tapi kini
Sangkaya telah mempelbagaikan lagi penggunaan buah kelapa dengan menjadikanya minuman penyegar di waktu panas sekarang ni. Aiskrim kelapa daripada bahan2 dalam sebiji kelapa iaitu santan dan juga air kelapa. Betullah orang cakap kelapa buah beribu guna dari dalam sampai ke akarnya hehehehe.
|
Chendol |
|
Air Detox |
|
The Real Coconut Shake |
Maha begitu teruja bila dapat nikmati sendiri aiskrim yang disediakan di Sangkaya cawangan Kota Damansara. Rupanya bukan ada satu jenis jer ada 3 jenis aiskrim di sini iaitu Askrim Kelapa, Aiskrim Teh Tarik dan juga Aiskrim Teh Ijo. Lepas tu lak boleh letak Topping di atasnya mengikut kesukaan kita ada Sweet Corn, Corn Flake, Coconut Flake, Roasted Peanut, Chocolate dan banyak lagi.
Selain daripada aiskrim ada juga minuman berasaskan kelapa yang popular di Malaysia ni. Ada Air Kelapa Muda, The Real Coconut Shake, Chendol dan juga air jus buahan2 detox pelbagai rasa. Semua ni boleh dapat kat Sangkaya sesuai sangat korang singgah time panas2 sekarang ni perkena air kelapa dan aiskrim kelapa terbaik lah.
NOMSTER
Di cawangan Sangkaya Kota Damansara ini lain daripada lain kerana di dalam restoran ini ada lagi stall yang menyediakan hidangan dessert terbaik. Itulah ia Nomster kalau masuk mula pintu restoran ni akan jumpa stall ini. Pemilik Sangkaya dan Nomster ini adalah rakan baik dan mereka sepakat untuk membuka dua restoran di bawah satu bumbung.
|
Gula Melaka Banana |
|
Salted Caramel Chocolate Cake |
|
Cendol Cake |
Kat sini menyediakan pencuci mulut yang enak2 dan lazat tak akan ada kat tempat lain dan ini satu2nya cawangan. Paling best kat sini korang kena cuba 3 jenis kek homemade dihasilkan sendiri. Maha paling suka adalah Gula Melaka Banana di mana kek yang rasa manis gula melaka, dan ditengahanya ada krim bersama pisang memang sangat unik tiada di tempat lain.
|
Espresso |
|
Cappuccino |
Kemudian ada lagi Cendol Cake dan juga Salted Caramel Chocolate Cake buat pecinta coklat. Korang datang selain makan aiskrim boleh makan kek di ini. Kalau tak sesuai air kelapa boleh juga minum kopi2 yang di hasilkan di Nomster iaitu seperti Espresso, Cappuccino dan banyak lagi lah. Promosi untuk pecinta kopi dan kek korang boleh dapatkan dua hidangan ini dengan harga RM20 sahaja. So tunggu apa lagi datang sini boleh dapat 2 dalam 1. Selamat menjamu selera semua.
sedapnye tgk dessert tu...suka sangkaya tp yg perisa teh ijo & teh tarik blum cuba
BalasPadamMaha pun suka aiskrim kat sini sedap tak manis sgt... Pastu kek tu pun sedap juga tak ada rasa tu kat tempat lain tau...
Padamtempting rasa, nampak semua sedap
BalasPadamSedap sgt...
Padam