A La Bendang Pendeta,

Satu Lagi Tarikan Di Intekma Resort Shah Alam Hidangan A La Bendang Pendeta

Rabu, Februari 24, 2016 Mahamahu 8 Comments

Satu Lagi Tarikan Di Intekma Resort Shah Alam Hidangan A La Bendang Pendeta - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Apa yang korang dapat bayangkan tetang hidangan A La Bendang Pendeta? Adakah korang bayangkan ada makan di tengah2 bendang atau sawah padi. Adakah korang bayangkan makanan darat dan paya. Kalau baca dan dengar mesti korang tak dapat bayangkan jom Maha perkenalkan hidangan apakah ini.


A La Bendang Pendeta adalah satu lagi tarikan terbaru untuk semua pengunjung, penginap atau pun orang luar yang nak cari kelainan dalam hidangan makan tenghari mereka. Maha berpeluang untuk menikmati hidangan ini yang berasaskan hidangan kampung. Ia adalah hidangan set yang terdiri daripada 3 set berlainan mengikut citarasa korang.

Set Siakap Tiga Rasa

3 set yang Maha maksudkan adalah Set Siakap Tiga Rasa, Set Ayam Kampung dan Set Kambing Bakar. Manakala bahan yang ada dalam setiap set ini pula adalah seperti Nasi Putih, Ulam-ulaman, Sup, Ikan Perkasam dan juga Sambal Belacan dan Sambal Bendang. Pertama kali Maha tengok hidangan ini boleh di nikmati dalam 3 - 4 orang memang cukup.





Korang tengok sendiri lah hidangan Ikan Siakap Tiga Rasa tu bapak besarnya ikan yang digoreng rangup dalam tepung. Kemudian di tambah kepedasan Sambal Belacan menaikan lagi kesedapan. Pada peminat Ikan Pekasam sini siap ada lagi ikan yang segar dan terbaik di import dari Kedah. Sambal Bendang pula adalah sambal yang tak pedas tapi manis2 masam sesuai untuk mengimbangkan selera tenghari korang.

Set Ayam Kampung

Semua set ini di hidangakan dengan cara tersendiri yang tiada tiada di tempat lain, kalau korang tengok semua set ini di hidangkan dalam Nyiru iaitu dulang ayaman rotan. Nampak klasik dan unik kan hidangan ini memang mengekalkan suasana kampung tu sendiri pada hidangan ini. Semua set ini di datangkan dengan minuman Air Limau Kasturi yang dapat meneutralkan kembali perut yang telah penuh.


Cuba teka berapa harga untuk semua set A La Bendang Pendeta ini. Mesti korang terkejutkan kalau Maha cakap ia serendah RM30.00. Nak jelas lagi korang kena tengok jadual harga yang Maha sediakan ini lagi jelas.
Item                         2pax         3pax
Set Ayam Kampung      RM30       RM45
Siakap Tiga Rasa          RM40       RM55
Kambing Bakar             RM45       RM60
So korang rasa macam mana berbaloi tak. Bagi Maha ia memang cukup berpadanan dengan kuantiti hidangan yang disediakan. Banyak dan cukup kenyang kalau makan semua ni. Hidangan ni di sediakan setiap hari di Intekma Resort Shah Alam. Ia bermula dari pukul 12.00 tenghari hingga 4.00 petang. Untuk ABC Kelapa ni lak korang kena tambah harga lain RM10.90 sahaja satu murah sedap dan segar kalau makan tenghari.



Tunggu apa lagi orang Shah Alam ni masa nak cuba hidangan yang unik dan menarik ni bersama keluarga. Kalau yang datang nak dating pun boleh cuba hidangan ini. Terasa nak datang lagi lah bawa family makan kat sini. Selain dari makanan yang sedap kawasan yang tenang dan parking yang banyak kat sini percuma lak tu. So datang sekarang untuk nikmati kelainan ini di Intekma Resort. Selamat mencuba.

Tempahan dan pertanyaan boleh hubungi Tel : 03 5522 5000/5009





8 ulasan:

  1. wow..menu dia..terliur tengok sambal dengan ulam tu huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sambal tu ada dua satu sambal belacan pedas dan satu lagi sambal bendang tak pedas masam manis...

      Padam
  2. tengok pun dah menyelerakan

    BalasPadam
  3. Wow, ABC dalam buah kelapa tuuuu...menarik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu yang terbaik bro memang sedap dan segar...

      Padam
  4. oo namanya pun bendang, dekonya pun ala2 bendang la gitu ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu macam tu lah gayanya jenis makanan yang ada pun semua kampung style...

      Padam