Desa Sri Hartamas,

Buah Laici Juga Boleh Dijadikan Masakan Utama Yang Unik

Rabu, Mac 30, 2016 Mahamahu 2 Comments

Buah Laici Juga Boleh Dijadikan Masakan Utama Yang Unik - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Buah Laici adalah antara buah yang cukup popular di Malaysia dan juga kalau air jus laici tu memang lakulah kat restoran tu selalu dapat permintaan ramai.
Khasiat juga tinggi untuk buah laici ini seperti vitamin C, vitamin B dan mineral seperti kalium, potassium dan banyak lagi.


Jadi sebab tu ramai orang mula melihat bahawa buah ini boleh dijadikan sebagai menu makanan yang menarik dan pelbagai. Maha pun belum cuba lagi cuma tahu buat air jer dengan buah laici ni tak terfikir lak boleh buat menu makanan. Jadi ada beberapa menu yang Maha pernah cuba di Restoran MEI by Fat Spoon semasa pelancaran produk minuman OISHI Green Tea Lychee.

1) Torched Hokkaido Scallops & Lychee Tartare


Hidangan ni adalah makanan laut iaitu scallops atau orang kita panggil kekapis. Dipanggang dengan api dan dimasak denagn laici dan tomato dan bijan di dalamnya. Dapat rasa kesegaran kekapis tu bersama kemanisan laici yang asli menarik.

2) Fried Lychee Poppers



Hidangan ini lagi kita tak sangka boleh buatkan. Kalau selalu kita dengar pisang goreng atau cempedak gorengkan. Tapi kali ni laici goreng dengan tepung special yang rangup dan sedap. Maha sangat2 suka sebab bila gigit dapat rasa kerangupan dan juga kemanisan laici tu.

3) Smoked Duck & Lychee Croissant



Special hidangan ini seperti sandwich yang mana di dalam roti Croissant tu dimasukan dengan daging itik panggang dan juga laici untuk memberi kemanisan yang asli. 

4) Unagi & Shiso Onigiri Balls


Yang ni memang pure masakan Jepun yang special di mana nasi di kepal menjadi ketulan bebola tapi hidangan ni ditambah dengan laici untuk memberi kemanisanya. 

5) Torched Salmon Rice Bowl


Hidangan sesuai untuk makan tenghari yang disediakan ini cukup lengkap ada nasi ada sayur ada ikan salmon dan juga seaweed. Dalam satu mangkuk yang kecil dan menarik. 

6) Passionfruit, Lychee & Kaffir Lime Pavlova


Ini pula special pencuci mulut menggunakan buah laici di atasnya. Kalau korang tengok ada Pavlova yang rangup dan juga di atasnya ada biji buah delima dan juga di perahkan asid limau purut memang membangkitkan kesegaran. 


Tengokkan special 6 hidangan daripada buah laici berkonsepkan makanan Jepun. Menarik dan unik sangat tak sangka banyak boleh buat dengan buah laici ni. Maha dah jadi suka lak terutama yang laici goreng tu memang menarik dan sedap. Korang nak cuba Maha tak sure restoran ni ada sediakan menu ni ker atau tidak sebab hari tu special untuk pelancaran produk minuman tu.






2 ulasan:

  1. Bestnya tengok makanannya, tak sangka laici pun boleh buat macam fishball ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe laici boleh buat macam2 kan.. lagi sedap sebab dia rasa manis semulajadi...

      Padam