Bento,

Kerana Popularitinya Bento Menyerupai Dato Seri Vida Jadi Viral

Isnin, Mac 07, 2016 Mahamahu 0 Comments

Kerana Popularitinya Bento Menyerupai Dato Seri Vida Jadi Viral - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kerana populariti dah juga kehebatan usahawan kosmetik Dato Seri Vida telah di abadikan oleh seorang suri rumah dalam seni Bento. Bento apa yang korang tahu tentang seni ini. Maha pun mula2 tak pernah dengar tapi terlihat gambar2 seni bento di laman Facebook seorang kawan. Dia memang suka buat seni Bento ni untuk anak2nya.


Seni Bento adalah satu seni susunan makanan dalam satu bekas petak yang mengandungi nasi, ikan atau daging, dengan jeruk atau sayur-sayuran yang dimasak. Bento adalah dalam bahasa Jepun yang dimulakan oleh seorang suri rumah untuk menggalakkan anaknya membawa bekal sendiri ke sekolah. Sebab susunan makanan dalam bekal makanan sangat cantik dan menawan menarik minat kanak2. 



Sekarang ni Maha ada baca seni Bento ni dah start mula ada di Malaysia. Kalau korang cari group Facebook Kelab Bekal / Bento Malaysia dah ada ramai pengikutnya. Setiap hari mereka hasilkan bekal makanan yang cantik dan unik mengikut kesukaan anak2 mereka. Ada sesetengah Bento tu di hasilkan menyerupai karaktor kartun yang popular, mainan video dan juga komik kartun. 


Selain tu juga seni Bento ni boleh di hasilkan menyerupai wajah orang, bangunan, binatang, bunga dan tumbuh-tumbuhan. Tapi di Jepun seni Bento ini bukan sahaja untuk bekal anak2 malah mereka telah jadikan ia sebagai satu pertandingan peringkat kebangsaan untuk mencari penghasil Bento yang paling kreatif dan cantik.


Jadi ini adalah satu cara lagi untuk membantu ibu2 dan suri rumah menggalakkan anak2 mereka membawa bekal ke sekolah. Maha pun kalau pandai boleh juga cuba nak buat kat rumah hari2 bawa bekal yang cantik. Apa pun seni tidak terbatas kata orang cuma kena kreatif dan bijak dalam menghasilkan sesuatu itu. Selamat mencuba semua.   




*Gambar dari #mykidsBento






0 Pandangan: