Berita,
Nasi Lemak Disenarai Antara Sarapan Pagi Yang Paling Sihat Di Dunia
Nasi Lemak Disenarai Antara Sarapan Pagi Yang Paling Sihat Di Dunia - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Nasi Lemak merupakan makanan kegemaran Maha dari dulu sampai sekarang. Antara restoran Nasi Lemak yang menjadi pilihan Maha adalah Warong Nasi Lemak Panas USJ dan juga Nasi Lemak Rendang Ayam Peanut Butter. Jadi bila orang kata Nasi Lemak sebagai makanan yang tidak sihat adalah kurang tepat.
Ini kerana Nasi Lemak disenaraikan antara 10 sarapan pagi yang sihat dalam Majalah TIME. Bukan Maha yang cakap ok tapi majalah itu sendiri mengeluarkan kenyataan tersebut. Maha ada baca dalam The Star Online hari ini yang menyatakan bahawa Nasi Lemak sihat untuk diambil sebagai sarapan pagi dari majalan antarabangsa itu.
Menurut penulisnya menyatakan bahawa dalam nasi yang mengandungi santan, ikan bilis, timun, kacang goreng, telur rebus dan sambal adalah hidangan sarapan pagi yang sangat seimbang. Ramai kata nasinya mengandungi banyak lemak tapi boleh kurangkan kuantiti nasinya. Selain itu, menu ini diseimbangkan dengan manganese, protein dan karbohidrat. Cili yang terdapat di dalam sambal nasi lemak itu pula mampu membantu untuk menaikkan metabolisma badan.
Selain daripada sarapan daripada Malaysia, negara lain yang juga tersenarai adalah sarapan pagi dari negara Turki, Jepun, Vietnam, Mesir, Rusia dan India. Jadi kita harus bangga dengan apa yang kita ada cukup terkenal bukan sahaja dalam negara tapi sampai keluar negara.
So kita jangan jadikan alasan untuk tidak menjaga kesihatan kerana makanan Malaysia yang disukai ramai ini masih raleven untuk dinikmati. Tapi dinyatakan bahawa Nasi Lemak adalah sarapan pagi yang sihat dan bukan untuk dimakan pada waktu malam atau tengah malam. Itu cara kitalah bagaimana nak mengambil makanan tersebut bukan dengan makan sahaja tanpa tahu apa yang kita makan. So lepas ni kita mulakan hari dengan sarapan Nasi Lemak ok.
ohho..baru tahu..tak sangka..sihat gak rupanya menu ni.. =))
BalasPadamorg luar iktiraf makanan kita sihat kan tak sangka....
PadamSihat apanye! aku dlu makan nasi lemak tiap2 pagi naik 15kg dlm masa 3 bulan!!! skang aku makan telur rebus je tiap2 pagi terus turun berat badan.
BalasPadamcara pengambilan tu yang penting hehehehe..
PadamBoleh makan , tapi jangan selalu.. eheheh apa pun Nasi Lemak ni power sebab sambal.. Mat salleh makan sekali memang terus tersuka tanpa sengaja.. >_<
BalasPadamhehehe betul tu... tersuka tanpa sengaja biasa dengar ehehehe...
Padamnasi lomak ni mang sedapp..lagi2 law makan ngn fmily..bangun2 je dah bau nasi lemak terus pegi dapur..pstu kecoh2 xmandi lagi trus mkn..hihi
BalasPadamHehehe memang memanggilkan nasi lemak ni hari2...
PadamBangganya Nasi Lemak dikenali.Pendapat saya lah, boleh makan tiap2 hari,favourite saya juga ni.Tapi pastikan penggunaan santan, gula dan garam, kuantitinya mesti betul, kena ambil kira kalori dan sebagainya serta mesti exercise.
BalasPadamYes setuju sangat jangan salahkan makanan kalau kita kurang sihat tapi kena tengok balik diri kita tentang pengambilan makanan tu....
PadamSebenarnya nasi lemak tak salah, yang salah manusia yang suka makan berlebihan, kalau setakat segenggan, sesudu sambal, ok kan?
BalasPadamBetul tu setuju sangat dan memang kita boleh makan semua makanan...
Padam