Bumiputera,

Sapa Yang Tahan Pedas Maha Cabar Korang Cuba Sambal Hitam Menangis Confirm Keluar Peluh Jantan

Selasa, Mac 01, 2016 Mahamahu 4 Comments

Sapa Yang Tahan Pedas Maha Cabar Korang Cuba Sambal Hitam Menangis Confirm Menangis - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Ini adalah cabaran dari Maha buat mereka yang kuat makan makanan pedas. Tak kiralah korang leh gigit kunyah cili padi ker atau yang memang dah biasa makan sambal2 pedas. Tapi satu jer korang kena cuba iaitu Sambal Hitam Menangis comfirm menangis.


Maha sendiri yang dah cuba sambal ni tak tahan bukan setakat menangis malah keluar semua air peluh jantan ni hehehehe. Kalau sapa2 tak tahan yang cepat sakit perut makan pedas di harap dapat menyediakan air susu yang banyak. Memang terangkat sambal ni sapa punya idea lah nak buat sambal macam ni. Tu lah kita banyak sangat sambal semua pedas dan sedap2.


Sambal Hitam Menangis ini adalah satu lagi produk bumiputera yang dihasilkan secara homemade dengan menggunakan bahan2 semulajadi. Sambal keluaran Mr. Melting ini adalah satu produk makan terus yang boleh juga dibawa kemana-mana dengan mudah dan dinikmati dengan segera tanpa pelu masak. 



Ini adalah produk hasil anak muda yang bernama Muhammad Khairul berasal dari Pahang. Sebab Sambal Hitam ini memang popular di negeri Pahang. Minat beliau dalam dunia perniagaan menjadikan beliau usahawan makanan tempatan yang ingin majukan diri sendiri. Maha jumpa owner sambal ini semasa EhEh Bazaar Hijra 2016 baru2 ini. Sempat lah bergambar dan borak2 sikit dengan pemilik Sambal Hitam Menangis ni.


Kata beliau selain dari makan begitu sahaja boleh juga sambal ni di masak bersama dengan bahan2 lain. Sebab tu lah Maha dapat idea untuk masak Sambal Hitam ini dengan buah petai yang popular dijadikan ulam-ulaman. Maha namakan resepi ini Goreng Petai Sambal Hitam Menangis, sebab kepedasan sambal ini masih dikekalkan dalam resepi ini. Korang nak tahu macam mana nak buat jom tonton video kat bawah ni mudah jer.



Taraaaa... kan mudah dan cepat untuk buat sambal petai ni. Pulak tu makan dengan nasi putih perhhh terbaik. Harga untuk Sambal Hitam Menangis ini hanya RM14.90 untuk 200ml dan RM12.90 untuk 150ml. Dapatkan sekarang macam biasa secara online di laman Facebook atau Whatapps mereka segera. Kalau cuba mesti tak rugi selamat mencuba semua. 

Tempahan dan maklumat lanjut hubungi :
Whatapps : 017 312 6029








4 ulasan:

  1. wuuu mesti pedas gila ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang pedas gila sedap hehehe...

      Padam
  2. Pergh..kalau pedas sangat nad takleh tahan..tapi petai tu favourite

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheheh pedas boleh tahan juga ni... tak apa makan ngan petai ok huhuhu..

      Padam