Bandar Sunway,
2 Restoran Sajikan Lebih 400 Hidangan Bufet Ramadhan Di Sunway Resort Hotel & SPA
2 Restoran Sajikan Lebih 400 Hidangan Bufet Ramadhan Di Sunway Resort Hotel & SPA - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kurang dari 50 hari jer lagi untuk kita sama2 dengan gembira untuk menyambut kedatangan Ramadhan. Ini kerana tiap2 tahun kita rasa seronok akan kedatangan bulan penuh barkah dan pahala ini. Tahun ini Ramadhan In Shaa Allah akan kita sambut 6 Jun.
Namun sepeti biasa bulan Ramadhan juga adalah bulan pelbagai hidangan menarik yang disediakan oleh pengendali makan terutama hotel2 hebat di Malaysia. Salah satunya adalah Sunway Resort Hotel & SPA yang tidak asing lagi. Dengan membawa 2 restoran yang menyediakan makan berbuka puasa iaitu The Resort Cafe dan Cafe West.
The Resort Cafe ini terletak di bahagian lobby hotel manakala Cafe West pula letak di tingkat 8 dalam Sunway Pyramid Hotel. Maha hampir setiap tahun datang sini kalau nak berbuka puasa kerana memang puas hati makanan kat sini bukan sahaja sedap tapi banyak pilihan. Maha rasa rambang matalah tengok semua hidangan tapi bulan puasa ini kena banyak besabar dan bersedehana terutama ketika berbuka.
Tahun ini pula cafe ini menyediakan keunikan dengan menampilkan 25 jenis sambal yang menjadi ikon dalam dunia masakan Melayu. Sapa tak tahu rakyat Malaysia ini kalau makan tak sah kalau tak ada sambal yang pedas tak urhmm katanya. Sebab itu 25 sambal ini menjadi hero kepada pengunjung yang ingin berbuka puasa di sini. Maha tulis satu persatu nama sambal ini yer korang tengon sendiri ok.
Sambal Belacan Bonda, Sambal Cabai Hijau, Sambal Petai, Sambal Kelapa, Sambal Kelapa Pudina, Sambal Kicap, Sambal Mangga, Sambal Bawang, Sambal Limau Pedas, Sambal Tumis Cili, Sambal Baawng Ikan, Sambal Tomato, Sambal Daun Limau Purut, Sambal Cili Padi, Sambal Nenas, Sambal Tempoyak, Sambal Kacang Berlada, Sambai Air Assam Lada, Sambal Budu, Sambal Cencalok, Sambal Ketumbar, Sambal Thai Som Tam, Sambal Bunga Kantan dan Sambal Pedas Lemon.
Semua sambal ini dipadankan pula dengan 15 jenis ulaman2 tempatan yang menambah kekuatan dalam hidangan Melayu. Itu baru sambal dan ulam-ulaman tak tengok lagi bufet makanan lain seperti nasi dan lauk pauk.
Kat sini setiap tahun tak lepas dengan masak Sup Gear Box yang dah cukup terkenal. Kemudian masakan kampung lain seperti Ikan Patin Masak Tempoyak, Masak Lemak Siput Sedut, Ayam Goreng Berempah dan macam2 lagi.
Paling lagend hidangan kat sini pula adalah Bubur Lambuk Parit Buntar yang menjadi trademark kepada bulan puasa. Mesti ramai orang berebut2 nak dapatkan Bubur Lambuk ini bila bulan puasa. Satu lagi ni pun memang menjadi kewajipan bila bulan puasa iaitu Kambing Golek. Tapi kat sini ada pula Rusa Golek lagi menarik.
Tu baru menu utama bila masuk bab pencuci mulut ni jangan katalah bukan setakat hidangan tradisional tapi juga hidangan modern menjadi sajian buat semua tetamu. Ada lebih daripada 20 jenis kuih muih tradisional ditambah lagi dengan dessert aiskrim juga gula kapas serta ABC. wow banyaknya makan kat sini tambah lagi dengan buah-buahan yang segar2 disediakan di sini.
Untuk 2 restoran ini tawaran harga yang diberikan sangat2 berpadanan iaitu hanya serendah RM168.00 nett bagi dewasa dan RM68.00 nett untuk kanak2 di bawah umur 6 - 12 tahun. Bufet ini akan mula dihidangkan kepada semua bermula 6 Jun hingga 5 July 2016 bermula dari pukul 6.00 petang hingga 10.30 malam. Jadi tunggu apa lagi mula lah tempahan anda sekarang untuk hari2 yang sesuai datang makan bersama rakan2 atau family. Juga boleh datang bawa pelanggan korang nak meraikan mereka. Tak rugi datang sini mesti kena cuba ok.
Tempahan sila hubungi :
Tel : 03 - 7495 2009
03 - 7492 8000
menarik semuanya, yang pasti banyak pilihannya
BalasPadamIni adalah lokasi buka puasa yang memang Maha akan candangkan pada semua yang nak cari makanan banyak....
Padam