Halal,
Tempat Makanan Halal Di Sekitar Krabi Yang Boleh Korang Cuba
Tempat Makanan Halal Di Sekitar Krabi Yang Boleh Korang Cuba - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sebelum ni Maha dah cite tempat bercuti yang menarik di sekitara Krabi terutama area pantai Ao Nang. Kali ni Maha nak cite sikit pasal tempat makan yang Halal korang boleh cuba bila datang bercuti di sini.
Bagi kita orang Islam ni tak perlu nak risau atau gusar bila bercuti ker Krabi ni kerana ramai komuniti Islam yang ada menetap di sana. Maha mula2 pun takut juga kat sana susah nak cari makanan halal siap bawa Maggi lagi takut2 lapar tengah malam. Tapi bila dah sampai sana rupanya begitu banyak kedai makanan halal yang boleh di makan.
Tapi jangan lah kita was-was walaupun mereka tulis halal kat luar restoran tu. Yang penting kita kena yakin untuk makan. Kalau dah was-was jangan makan tak boleh. Maha tengok kedai ada tulis halal dan juga pekerjanya pakai tudung In Shaa Allah boleh makan. Tapi makanan kat Krabi ni tak banyak yang menarik macam mana makanan kita.
Paling popular kat sana korang kena cuba Pancake yang pelbagai perisa yang enak2. Sebenarnya Pancake ini adalah roti canai kalau kita kat Malaysia ni lah. Tapi kat sana di panggil Pancake dengan pelbagai bahan di dalamnya. Yang paling popular adalah Pisang, Coklat, Nutella, Penut, Butter dan macam2 lagi lah. Maha suka juga sebab makanan ni manis sangat.
Kemudian makanan lain yang popular kat sini macam biasalah Tomyam tapi tak semua kedai jual kuah Tomyam sedap ok. Kena pandai pilih macam kedai yang Maha pergi ini. Memang rekemended sangat kepada korang iaitu Restoran Jamri. Restoran warna pink ni ada kat tingkat atas tepi jalan ni korang kena naik tangga sikit. Tapi makanan kat sini sedap2 termasuklah Tomyamnya terbaik.
Kemudian kalau korang nak pergi ke Emarald Pool dalam perjalanan tu minta drive bawa korang makan kat restoran Halal ni. Maha tak pasti apa nama restoran ini tapi kedai ini tepi jalan jer dan disediakan oleh orang Islam. Nasi dia tu macam nasi minyak bersama ayam goreng memang menarik sangat. Makan bersama dengan sos pedas dan sos masam menarik sangat.
Kemudian untuk makan malam korang boleh cari Restoran Arnijj. Restoran ni menyediakan makan malam yang macam kat Malaysia juga boleh lah dengan selera kita. Harga boleh tahan tapi ramai orang kata makanan kat kawasan tepi pantai ni memang agak mahal sikit. Tapi nak buat macam mana dah tak ada tempat makan.
Apa pun satu hal jer kat Krabi ni nak cari sarapan pagi agak susah. Ini kerana mereka tak banyak bukan kedai makan di waktu pagi. Kalau ada pun akak2 yang meniaga tepi jalan tapi makanan sarapan mereka seperti nasi berlauk dan juga nasi goreng jer. Jangan salah pilih yer nanti korang termakan nasi goreng pedas sangat sampai sakit perut huhuhuhu. Apa pun tak perlu risau nak cari makan kat Krabi semua ada. Cuma jangan makan fast food kat sana tidak di jamin halal dan juga makan roti kat sana ok.
nampak sedapsemuanya, yang pasti halal
BalasPadamPancake tu sedap hehehe menarik...
PadamKrabi macam Phuket, senang juga nak cari kedai makanan halal.
BalasPadamTak pernah lagi pergi Phuket nanti akan terjah sana lak hehehehe Tq
Padamperancangan next travel nak pergi krabi.. inshaAllah
BalasPadamNanti sampai sana ambil lah beberap tips ni hehehe kita pun tak pengalaman sangat...
PadamYeyh.. dah dapat terjah blog Mahadir... petang tadi ada nampak kat tv bersama chef Ismail n Masya....
BalasPadamSalam Ramadhan Chef Maha Mahu...
Hehehehe terima kasih kerana sudi terjah blog tak seberapa ini. Saya belum layak jadi chef lagi hehehe..
PadamAgaknya brp kena tukar duit malaysia ye klw nak ke sana
BalasPadam