Buffet Ramadhan,

300 Hidangan Berbuka Puasa Di Pullman Putrajaya Lakeside Dengan Tema Magical Ramadhan Nights

Sabtu, Mei 07, 2016 Mahamahu 4 Comments

300 Hidangan Berbuka Puasa Di Pullman Putrajaya Lakeside Dengan Tema Magical Ramadhan Nights - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mana korang nak cari buffet buka puasa yang ada lebih 300 hidangan pelbagai tema. Pula tu dibuat di kawasan yang terbuka dengan pemandangan tasik yang cantik di Putrajaya. Mana lagi kalau bukan di Pullman Putrajaya Lakeside yang tersergam indah ini.



Maha selalu datang Pullman sini semasa ada event kerjalah dan makanan sini juga sedap dan banyak pilihan. Sebab tu ini antara pilihan Maha untuk berbuka puasa nanti.
Konsep kali ini lebih terbuka sebab dibuat di kawasan laman menara jam betul2 di tengah2 kawsan hotel ini. Korang leh tengok lebih luas dan juga tempat makan yang banyak jangan risau habis hehehe.


Boleh tengok banyak kemah2 yang didirikan di luar ini kerana ia mewakili konsep2 makanan yang ada di sini. Korang boleh rasa daripada hidangan segar makanan laut BBQ yang di masak oleh chef2 profesional. Korang yang gemar makanan laut tu inilah masa yang sesuai untuk rasa semuanya.





Kemudian untuk yang nak makanan barat seperti spaghetti dan juga pasta banyak pilihan ada di sini. Sudut Italian ini menyediakan pasta yang dimasak secara live depan mata anda. Korang boleh pilih nak yang mana satu banyak atau sikit.



Hidangan tradisional juga tak dilupa itu wajib ada kat mana2 buffet buka puasa ini termasuk di sini. Korang leh tengok berapa bayak pilihan hidangan yang menarik seperti masak lemak, sayur goreng, Daging Rendang dan macam2 lagi lah. Maha jadi rambang mata nak pilih mana satu, itu part yang paling susah bila datang buffet Ramadhan ini.








Bagi yang makan mee boleh cuba bahagian mee yang ada banyak pilihan. Korang leh cuba Mee Udang, Mee Sup, Kueh Teow dan macam2 lagi lah. Tu baru bahagian mee kita pergi lak ke bahagian roti2 kat sini tak kurang banyaknya. Ada Murtabak dan Roti John semuanya membuka selera kalau korang cuba.






Bahagian paling penting dan menarik bagi Maha adalah khemah buah-buahan. Kat sini mereka menyediakan macam2 buah-buahan tempatan paling best adalah Durian, kemudian ada Manggis, ada Nangka, ada Pisang, ada Mata Kucing dan juga Buah Naga. Maha paling favouret kat tempat inilah duduk mengadap semalam pun boleh hehehe.









Selain dari makanan mereka juga ada memerikan hiburan kepada semua tetamu yang datang berbuka puasa di sini. Persembahan pula ada nyanyian lagu tradisional, lepas tu persembahan api dan juga persembahan untuk kanak-kanak. Korang boleh tonton video ini segala jenis persembahan pada malam berbuka puasa tu.



Mesti tak sabar korang nak tahu hargakan ok lah Maha kongsikan untuk buffet berbuka puasa di Pullman Putrajaya Lakeside hanya RM169nett untuk dewasa dan RM130nett untuk kanak-kanak. So tunggu apa lagi booking boleh di buat sekarang untuk tarikh2 yang tertentu kerana buffet ini hanya akan start 7 Jun - 3 July 2016 dari pukul 7.00pm - 10.30pm. Apa pun makana kat sini semua di jamin Halal dan sedap. Tunggu apa lagi hubungi sekarang. Selamat menjamu selera.

Tempahan dan pertanyaan :-
Tel : 03 - 8890 0000
Email : magicalramadhan@pullmanputrajaya.com







4 ulasan:

  1. Pergghhh.. banyak gilee hidangan dorang.. mau kembung perut dibuatnya.. ehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe memang banyak best dtg sini meriah jgn lupa booking tau hehe..

      Padam
  2. Balasan
    1. Macam lagu Amelina asyik asyik asyik hehehehe...

      Padam