Buffet Ramadhan,
Buffet Ramadhan Ala-ala Kampung Di Concorde Hotel Kuala Lumpur
Buffet Ramadhan Ala-ala Kampung Di Concorde Hotel Kuala Lumpur - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kali ini bertemakan "Ala-Ala Kampung" Concorde Hotel Kuala Lumpur menjanjikan keistimewaan dalam setiap resipi dan juadah yang dicipta. Kat sini mereka menyediakan empat jenis kumpulan menu yang akan bertukar setiap hari.
Hidangan utama di Melting Pot setiap kali datangnya Ramadan mesti ada Bubur Lambuk, Sup Gearbox, Teppanyaki, Kambing Panggang akan disajikan setiap hari.
Jadi korang yang booking datang hari2 memang boleh nikmati semua ini. Kat sini buffet Ramadhan memang selesa dan kawasan yang nyaman jer walaupun laluan luar tu sangat sesak tapi makan kat dalam hotel ini memang tenang dan sedap.
Mereka juga ada masakan ala kampung seperti Ayam Percik Pasar Malam, Ayam Lemak Umbut Kelapa, Kari Ikan Sempoi Penang, Kambing Masak Cik Putih, Ketam Bercili, Gulai Urat Belimbing Buluh, Pais Udang dengan Serunding Kelapa, Daging Masak Bamiah, Paru Goreng Berjintan, Ikan Pari Asam Pedas Melaka, Siput Sedut Lemak Cili Api, Pajeri Nenas, Ketam Berempah, Rendang Nangka Muda dan Kepah Tumis Serai. Semua ini pasti mencuit selera anda dengan hanya menyebut menunya sahaja.
Tidak ketinggalan gerai goreng-goreng dengan hidangan kegememaran ramai seperti Cekodok, Cucur Udang dan Keledek Goreng. Bagi peminat mee, setiap malam pengunjung dapat menikmati dua jenis hidangan mee daripada senarai ini iaitu Mee Soto, Mee Udang, Laksa Johor, Mee Rojak, Mee Bandung, Asam Laksa, Mee Kari atau Bihun Sup Utara.
Bagi bahagian pencuci mulut pula penuh dengan kuih-muih melayu seperti Tepung Talam, Kuih Sago, Abuk-Abuk, Kuih Ketayap, Seri Muka dan aneka bubur menyerikan lagi bufet di Melting Pot @ Concorde Hotel Kuala Lumpur.
Harga untuk buffet Ramadhan kat sini adalah RM148.00 seorang bermula dari pukul 7.00 malam hingga 10.30 malam. Kat sini juga ada Buffet Supper setiap hari Jumaat dan Sabtu yang berharga RM80.00 seorang, untuk supper ini dari pukul 11.00 mlm hingga 5.00 pagi, jadi boleh Sahur kat sini ok. Selamat berpuasa semua.
Harga untuk buffet Ramadhan kat sini adalah RM148.00 seorang bermula dari pukul 7.00 malam hingga 10.30 malam. Kat sini juga ada Buffet Supper setiap hari Jumaat dan Sabtu yang berharga RM80.00 seorang, untuk supper ini dari pukul 11.00 mlm hingga 5.00 pagi, jadi boleh Sahur kat sini ok. Selamat berpuasa semua.
Tempahan dan pertanyaan hubungi
Tel : 03 2717 2233
Laman web : kualalumpur.concordehotelsresorts.com
Laman web : kualalumpur.concordehotelsresorts.com
sedap2 semuanya
BalasPadamMemang sedap makan sini best dan selesa ada persembahan music lagi hehehe...
PadamSedap makan kat Concorde Hotel, tapi buffet Ramadhan tak pernah cuba lagi..selalu hi tea je..
BalasPadamCikPinz kena cuba sebab setahun sekali jer hehehe..
Padam