America,Chili's Tampil Menu Baru Gabungan Hidangan Klasik Amerika Dan Sedikit Rasa Mexico
Chili's Tempil Menu Baru Gabungan Hidangan Klasik Amerika Dan Sedikit Rasa Mexico - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan
Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Ramai peminat
Chili's kat sini mesti teruja nak tahu menu baru yang diperkenalkan untuk tahun ini. Restoran ni perbezaan dengan restoran lain adalah ia menampilkan konsep
Tex-Mex atau klasik
Amerika dan sedikit rasa
Mexico. Mungkin ada yang dah pernah cuba tapi Maha yang pertama kali rasa nak kongsi sikit apa yang telah Maha cuba tu.
|
Triple Dipper - Wings Over Buffalo, Southwestern Eggroll dan Spiced Breaded Onion Rings (RM 34.20) |
Kalau datang ke mana2 cawangan Chili's korang mesti kena order pembuka selera ini kerana ia datang dengan pelbagai jenis makanan dalam satu hidangan. Yang Maha maksudkan adalah Triple Dipper di mana korang kena pilih 3 daripada 5 jenis pilihan yang ada. 5 pilihan tu terdiri daripada :-
- Crispers Chicken
- Wings Over Buffalo
- Southwestern Eggroll
- Craft Burger Bites
- Spiced Breaded Onion Rings
|
Triple Dipper - Wings Over Buffalo, Crispers Chicken dan Craft Burger Bites (RM 34.20) |
|
Bottomless Tostada Chips (RM 16.85) |
Maha dah cuba ke semua pilihan yang ada ini dan yang paling Maha suka adalah Wings Over Buffalo, Craft Burger Bites dan Spiced Breaded Onion Rings. Dalam set ini ada bersama batang saderi segar dan sos celup yang menarik dan memberi umphhh dalam setiap gigitan. Satu lagi pembuka selera yang mesti kena pilih adalah Bottomless Tostada Chips, jangan risau kerana kalau habis ni boleh minta tambah lagi ok hehehe.
|
Southern Smokehouse Burger (RM 34.95) |
Menu utama pula Maha dan rasa Southern Smokehouse Burger. Saiz agak besar dan sesuai untuk makan seorang. Dalam burger ini ada 4 lapisan utama iaitu daging, keju cheddar cair, jeruk bawang putih, onion ring dan diapit tepung roti, salad segar daun, mayo, tomato & sos signature Chili. Dihidangkan dengan sisi sos BBQ klasik dari Chili.
|
Country Fried Steak (RM 49.95) |
|
Sante Fe Quesadillas (RM 29.95) |
Kemudian kena pilih juga Country Fried Steak iaitu daging yang disalut dengan serbuk roti digoreng garing dan dihidangkan dengan jagung manis kentang lecek dengan berkrim kuah lada hitam. Tapi bagi Maha ia agak sedikit masin dan juga daging agak kurang jus. Satu lagi ni Sante Fe Quesadillas juga menarik untuk dinikmati. Mengandungi daging ayam tender panggang, Jack keju dicincang dan salsa jagung segar dengan limau zesty santa sos dan berlapis antara dua tortillas. Selain ayam korang juga boleh memilih sama ada daging lembu dan udang.
|
Enchiladas Chicken (RM 26.95) |
|
Chipotle Ayam Fresh Mex Bowl (RM 29.95) |
Bagi yang nak makan agak berat sikit ada nasi dan sayur boleh cuba Enchiladas Chicken dan Chipotle Ayam Fresh Mex Bowl. Dalam hidangan ni ada daging ayam dalamnya dan dihidangkan dengan nasi & kacang hitam. Beza dua hidangan ini adalah yang mex bowl tu ada potongan rangup daripada tortill. Dua2 ini menarik dan sesuai untuk dinikmati.
|
Yummy Drummy’s & Fries |
|
Fish and Chips |
Paling untung adalah ibu bapa yang datang dengan anak2 ini kerana anak akan dapat makan dengan percuma apabila ditemani oleh seorang dewasa dengan pembelian item hidangan utama dari menu a la carte. Ini sesuai untuk kanak-kanak berusia bawah 12 tahun dan setiap makanan kanak-kanak juga dilengkapi dengan minuman. Kalau nak beli makanan untuk kanak-kanak pula harga RM 8.95 setiap satu sahaja.
|
Virgin Pomegrante Mojito, Electric Blue Blast dan Tembikai Lemonade |
Bila sebut minuman kat Chili's ada 3 jenis minuman yang Maha nak cadangkan iaitu Electric Blue Blast, Virgin Pomegrante Mojito dan Tembikai Lemonade. Yang pertama tu dapat rasa sensasi biru dari campuran jus nanas, Monin Blue Lagoon dan Sprite. Manakala kedua minuman ringan yang terdiri daripada Monin Mojito pudina dan sirap delima bersama Sprite dan ia sesuai untuk cuaca panas tropika. Last tu pula air limau digabungkan dengan puri tembikai segar.
|
Molten Chocolate Cake (RM 22.05) |
|
Skillet Toffee Fudge Brownie (RM 17.95) |
Terakhir tak sah kalau tak order dessert yang special di Chili's ni. Mesti kena order Molten Chocolate Cake di mana di dalamnya kek coklat lembap dengan coklat yang mencair di tengah bila dipotong bersama vanila aiskrim & shell coklat yang nipis dan rangup. Satu lagi pencuci mulut adalah Skillet Toffee Fudge Brownie iaitu brownies toffee di atasnya dengan vanila ais krim, drizzled dengan sos karamel juga kepingan gula-gula.
So apa pandangan korang tentang semua hidangan yang Maha dah cite semua ini mana satu pilihan korang. Nilah antara menu yang terbaru terdapat dalam menu di semua cawangan Chili's di Malaysia. Maha pergi hari tu adalah cawangan kat Citta Mall Ara Damansara. Masa untuk cuba sendiri dan rasai kelainan dalam hidangan ini. Kalau nak tengok setiap promosi dan juga tawaran hebat di restoran ni boleh layari Facebook dan juga Instagram mereka ok. Selamat mencuba semua.
mak aii..tergoda tgk gambar..:)
BalasPadamHehehe kalau rasa lagi tergoda menarik menu2 kat sini pergi lah...
Padamfuh kalau tak kuat iman ni, mesti dah redah. bestnya
BalasPadamMemang tak kuat bila dah pergi sana nak cuba semua menu tu...
PadamCara masak macam mana ITU ^__^
BalasPadamMacam mana Cara masak ITU triper digger,sebab kami mau buat pembentangan pasal makanan ^__^
BalasPadamMacam mana Cara masak ITU triper digger,sebab kami mau buat pembentangan pasal makanan ^__^
BalasPadamMacam mana Cara masak ITU Tripper Digger sebab kami ingin membuat pembentangan Cara masak Tripper Digger Sana KOLEJ ^__^
BalasPadam#Triper dipper ^__^
BalasPadam