Buffet Ramadhan,

Dapatkan 25% Diskaun Untuk Tempahan Awal Buffet Ramadhan Hanya Di Dorsett Grand Subang

Selasa, Mei 17, 2016 Mahamahu 2 Comments

Dapatkan 25% Diskaun Untuk Tempahan Awal Buffet Ramadhan Hanya Di Dorsett Grand Subang - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Nampak tak sekarang ni tengah laju promosi jualan set buffet Ramadhan untuk warga kota yang kadang2 tak ada masa nak masak atau makan kat rumah. Ini peluang keemasan korang kerana selepas ini tak akan dapat harga serendah ini bagi sebuah hotel betaraf 5 bintang.


Itu lah istimewanya promosi untuk Ramadhan tahun ini di Dorsett Grand Subang. Lagi best kat sini mereka sediakan 2 konsep buffet yang membawa kelainan untuk korang buat pilihan bagi sepanjang hari2 berpuasa. Ada buffet yang menyediakan selera kampung dan satu lagi buffet selera Arab. Mana nak dapat semua ini jom kita tengok apa ada dalam 2 set buffet ini.

Selera Kampung @ Melati

Istimewa di Melati ini korang boleh nikmati makan buka puasa lebih daripada 100 hidangan tempatan. Selera Kampung membawa kembali nostalgia kampung anda, melalui masakan asli Malaysia. Putaran harian pilihan bufet terdiri daripada pembuka selera kepada pencuci mulut, yang akan membuatkan anda sangat berpuas hati.



Kalau korang yang selalu buka puasa di sini dari Ramadhan tahun lepas, korang akan gembira untuk mengetahui bahawa 'Sup Gear Box' yang popular akan membuat korang tidak tido lena. Ini sup berkhasiat dan lazat terkenal dengan penggunaannya tulang lembu rebus dengan pelbagai rempah yang ramai orang tergila2kannya.



Para tetamu juga akan menikmati pembuka selera seperti Kerabu Mangga, Ulam-ulaman segar dan Kerabu Jantung Pisang. Bagi hidangan utama pila mesti korang kena penuhkan mulut anda dengan Nasi Beriani Gam Ayam, Masak Lemak Ikan Nenas dan Mee Rebus. Malayan nafsu telingan anda pula pada setiap malam dengan persembahan dari Geng Wak Long. Kehebatan muzik mereka yang terdiri daripada muzik tradisional Kelantan. Mereka akan membuat persembahan secara eksklusif di Dorsett Grand Subang selama sebulan.


Lagi kalau korang ambil buffet kat sini pada setiap hari Jumaat hingga Ahad, korang akan berpeluang untuk memenangi hadiah daripada cabutan bertuah mingguan. Apa lagi korang nak, tunggu apa lagi ini masa nak makan buffet dengan harga murah dan dapat hadiah serta makanan sedap2. Buffet ni harga normal RM140.00 seorang, warga emas dan kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun dapat menikmati diskaun 50%.
Tapi kalau korang buat tempahan awal bermula dari 1 Mei hingga 7 Jun ini korang akan dapat diskaun 25% iaitu harga hanya RM105.00 nett. Macam mana nak dapat diskaun ini ada caranya diakhir post ini. 

Flavours of Ramadhan @ Terazza Brasserie

Lokasi kedua yang menyediakan buffet Ramadahan di Dorsett Grand Subang adalah Terazza Brasserie yang merupakan syurga makanan Arab. Dihiasi dengan langsir ringan berwarna-warni, khemah-khemah yang indah dan berkilauan lampu, menerangi kegermelapan suasana Ramadhan di restoran ini.



Chef Profesional dan pasukannya akan menyediakan hidangan masakan tempatan dan antarabangsa yang diilhamkan oleh tema Ramadhan negara Arab. Dari pembuka selera kepada pencuci mulut yang lazat anda, keluarga dan rakan-rakan anda akan jatuh cinta dengan pilihan menu, yang disediakan setiap hari. Makanan Arab yang wajib seperti Shawarma, Roasted Lamb Arabian Beras Wangi dan Turki Ais krim akan buat korang kembali lagi ke sini untuk buka puasa. 



Turki Ice Cream adalah pencuci mulut yang biasa dijual di jalanan yang populat di Turki. Turki ais krim daripada ais krim biasa dengan tekstur dan ketebalan. Oleh kerana sifat tebal dan kenyal itu, ais krim Turki perlu sentiasa bersama dengan dayung yang selalu kita lihat. Flavours of Ramadhan @ Terazza Brasserie berharga RM150.00 seorang dewasa, warga emas dan kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun dapat menikmati diskaun 50%.
Tapi kalau korang buat tempahan awal bermula dari 1 Mei hingga 7 Jun ini korang akan dapat diskaun 25% iaitu harga hanya RM112.50 nett. Macam mana nak dapat diskaun ini ada caranya diakhir post in. 


So macam mana korang nak dapatkan semua diskaun 25% ini untuk berbuka puasa special di Dorsett Grand Subang. Mudah sahaja apabila korang buat tempahan melalui talian tel gunakan Booking Code "DGSMahaMahu". Kalau korang walk-in pun boleh guna code diskaun ini hanya sebut sahaja code ini di kaunter Ramadhan di bahagian Lobby hotel. Jadi tunggu apa tempah sekarang.

Untuk tempahan  dan petanyaan :-
Selera Kampung @ Melati, sila hubungi 03-5031 6060.
Flavours of Ramadhan @ Terazza Brassiere, sila hubungi 03-5031 6060 ext 1912.







2 ulasan:

  1. okeh.

    memang nampak mengancam habis ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dah mengancam apa lagi booking awal dapat diskaun yang banyak tu hehehe...

      Padam