Food Porn,Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang Plaza Kali Ni Jumpa Dalam Truck
Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang Plaza Kali Ni Jumpa Dalam Truck - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan
Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sebelum ni Maha ada cite pasal
restoran rahsia di Sungei Wang Plaza yang ramai orang tak tahukan. Kali ni sambungan kepada entry yang hari tu sebab masih banyak lagi restoran yang menarik dan sedap2 ada di dalam plaza tu. Mai kita tengok apa lagi yang korang boleh cuba kat sana ok.
LuLu Nyonya Kueh
Kat Sungei Wang Plaza ni kalau korang datang awal2 pagi nak cari sarapan tak susah kerana banyak pilihan antaranya gerai Lulu Nyonya Kueh. Berada di concourse level kalau korang datang betul2 kat tengah2 kawasan stage tu pergi depan KFC ada nampak gerai kuih ini. Kat sini korang leh dapatkan lebih dari 20 jenis kuih tradisional untuk makan sarapan pagi. Konsep sini semua take away di mana korang pergi pilih, bayar dan bawa pulang.
Di antara kuih muih yang ada kat sini adalah seperti Angku Kueh, Bingka Telur, Onde Onde, Bingka Ubi, Pulut Tai Tai, Pulut Panggang, Kueh Serimuka, Puteri Ayu, Kueh Talam dan Apam Gula Hangus. Banyak bukan pilihan harga pun berpatutan iaitu hanya RM1.10. Tapi kalau satu pek tu ada harga tersendiri mengikut jenis kuih dan jumlah yang kita ambil. Apa lagi boleh dapatkan sarapan pagi kat sini mudah dan cepat.
Food Truck 3rd Floor
Lepas kita sarapan pagi kita pergi pula cari makan tengah hari yang sangat unik dan menarik di sini. Kali ni Maha nak bawa korang ke level 3 Sungei Wang Plaza di mana kita dapat makan hidangan Food Truck. Maha ingat kat luar atau kawasan parking Food Truck ini tapi rupanya betul2 berada dalam plaza ni memang unik dan menarik. Korang boleh tengok sendiri yang Maha ambil gambar menarik lah ada konsep ini kat sini style sangat.
Dalam Food Truck ini ada 3 kedai makan yang menyediakan hidangan berbeza jadi korang boleh pilih yang mana korang suka. Pertama ini Food Truck Thaisty yang menyediakan hidangan Siam dari Selatan Thailand. Paling special kat sini adalah Thai Chicken Wing yang mana set ini datang dengan nasi dan juga sayur bersama sos thai yang menjadi ia begitu seimbang rasanya. Kemudian Maggie Kerabu yang mana ini adalah hidangan meggie dari thai sendiri. Last sekali hidangan Grilled Beef yang macam pertama tadi datang dalam set.
|
Maggie Kerabu (RM 6.00) |
|
Thai Chicken Wing (RM 8.00) |
|
Grilled Beef (RM 8.00) |
Kedua pula ada Food Truck Mat Rock nama pun dah rock kan hehehe. Kedai ini sediakan hidangan masakan panas yang cepat dan sedap. Makanan kat sini pedas2 boleh tahan yer kalau korang tak berani jangan ambil banyak. Antara menu yang menarik kena cuba kat sini adalah Ayam Goreng Kunyit, Daging Goreng Kunyit, Sotong Goreng Kunyit dan Udang Goreng Kunyit. Semua ini datang dengan nasi putih dan juga sambal belacan yang urhmmm pedas ok.
|
Ayam Goreng Kunyit (RM 5.50) |
|
Sotong Goreng Kunyit (RM 7.00) |
|
Udang Goreng Kunyit (RM 7.00) |
|
Daging Goreng Kunyit (RM 7.00) |
Last sekali adalah Food Truck PastaLaPasta iaitu mengutamakan makanan western. Kat sini korang leh dapatkan Beef Bolognese, Chicken Carbonara dan Seafood Aglio Olio untuk korang makan tengah hari. Juga ada kat sini adalah Cheezy Meatballs, Michigan Style Jumbo Hotdog dan Cheezy Beef Nachos yang Maha paling suka ok.
|
Seafood Aglio Olio (RM10.00) |
|
Beef Bolognese (RM 8.00) |
|
Cheezy Beef Nachos (RM 10.00) |
|
Michigan Style Jumbo Hotdog (RM8.00) |
|
Cheezy Meatballs (RM8.00) |
Semua hidangan ini adalah style Grab and Go di mana mereka tak sediakan maje untuk makan2 dan semua di sediakan bungkus paling senang untuk korang dan juga pekerja2 yang datang mencari makan di situ. Pulak tu pilihan kat sini banyak ok memang boleh gilir2 setiap hari. Jadi cuba semua hidangan kat sini kerana ia satu konsep yang menarik bagi Maha.
Secret Recipe
Last sekali adalah dah kenyang makan tengh hari masa untuk cari makan petang atau orang selalu panggil tea time. Ini masanya nak cari sesuatu yang manis dan juga menarik untuk kesegaran. Jadi Maha cadang korang pergi Secret Recipe yang terletak di concourse level juga. Macam semua orang tahu kat sini popular dengan dessert kek yang memberi kepuasan kepada anda ketika makan. Antara kek yang Maha cuba adalah Chocolat Au Lait, Red Velvet Supreme, Raspberry Cheese Cake dan Chocolate Indulgence.
|
Red Velvet Supreme (RM 7.50) |
|
Raspberry Cheese Cake (RM 8.80) |
|
Chocolat Au Lait (RM 7.50) |
|
Chocolate Indulgence (RM 8.80) |
Tapi mereka ada dessert baru yang unik dan rasa sangat fresh ada aiskrim dan juga bread iaitu di panggil Caramel Shinjuku Bake. Korang tengok sendiri rupa memang menyelerakan ada rasa manis dan masin kat hidangan ini sesuai untuk makan petang korang. Selain tu juga kat sini ada hidangan tengh hari yang mana memberi korang pilihan juga seperti Maha cuba ini iaitu Thai Style Fried Rice bersama air minuman.
|
Caramel Shinjuku Bake (RM 13.80) |
|
Thai Style Fried Rice (RM 21.90) |
Jadi semua tempat Maha dah cuba dan banyak sangat jadi jangan rasa keliru bila datang kat Sungei Wang Plaza ini untuk mencari makan. Semua menyediakan makanan yang sedap2 dan enak2 kepada korang. Cuma kena pandai pilih dan juga nilai sendiri Maha hanya bagi panduan sahaja ok. Apa pun tiada lagi alasan untuk tidak shopping dan makan di Sungei Wang Plaza. Selamat menjamu selera semua.
nice review maha.. :)
BalasPadamTak adalah biasa jer kita buat macam biasa... Terima kasih...
Padam