Applikasi Telephone,
Penerima mempunyai pilihan untuk menerima amaun transaksi melalui akaun RHB atau mana-mana akaun bank lain di Malaysia. Di samping itu apps baru ini telah mengurangkan jumlah keseluruhan langkah-langkah untuk menyelesaikan transaksi sebanyak 20%, dengan membolehkan pintasan ke Favourite transactions.
Pelancaran RHBNow Mobile Banking App Kini Lebih Mudah, Cepat Dan Lancar
Pelancaran RHBNow Mobile Banking App Kini Lebih Mudah, Cepat Dan Lancar - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Korang menggunakan telephone pintarkan kalau ada pun berepa orang jer masih menggunakan phone lama. Jadi kerana telephone adalah rakan baik anda sekarang semua perkara perlu jadi lebih mudah dan cepat. Maka dengan kesedaran itu RHB Banking Group (RHB), baru-baru ini melancarkan RHBNow Mobile Banking App yang menawarkan pelanggan pengalaman lebih mudah, cepat dan lancar dalam pengurusan perbankan menggunakan telefon pintar.
RHBNow Mobile Banking App memberikan revolusi RHB Pay AnyoneTM iaitu ciri pertama di pasaran yang membolehkan pelanggan untuk menghantar wang kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan mana-mana individu hanya menggunakan nombor telefon bimbit, e-mel atau Facebook, tanpa memerlukan nombor akaun bank. Wow macam mana pulak tu secure ker gunakan apps ini.
Penerima mempunyai pilihan untuk menerima amaun transaksi melalui akaun RHB atau mana-mana akaun bank lain di Malaysia. Di samping itu apps baru ini telah mengurangkan jumlah keseluruhan langkah-langkah untuk menyelesaikan transaksi sebanyak 20%, dengan membolehkan pintasan ke Favourite transactions.
"RHB Now Mobile Banking App menyediakan pelanggan kami dengan platform yang mudah, cepat dan lancar untuk menguruskan transaksi perbankan mereka. Keupayaan baru dan dipertingkatkan akan memenuhi permintaan gaya hidup pelanggan-pelanggan kami dan millenials. Mereka kini akan dapat untuk menguruskan wang mereka bergerak. Ini adalah satu pencapaian penting dalam perjalanan digital dan komitmen kami untuk menjadi bank digital generasi akan datang, "kata Dato 'Khairussaleh Ramli, Pengarah Urusan Kumpulan, RHB Banking Group.
Keistimewaan lain dalam aplikasi ini adalah tawaran eksklusif termasuk diskaun dan pembelian yang dibuat melalui aplikasi dengan produk yang dihantar terus ke rumah pelanggan. Aplikasi ini juga menawarkan semua penyelesaian perbankan mudah alih yang lain seperti kemudahan pembayaran bil, top-up dan juga mudah untuk melihat ringkasan akaun anda. Selaras dengan trend semasa, aplikasi yang direka untuk menawarkan lebih bersifat peribadi dimana pengguna boleh memasukkan gambar atau mengambil gambar diri sendiri sebagai gambar profil mereka.
RHBNow Mobile Banking App kini boleh dimuat turun pada semua Android dan IOS telefon pintar. Jadi gunakanlah kemudahan teknologi yang di sediakan demi kesenangan hidup dan pengurusan kewangan anda. Sekarang tak perlu lagi ke bank untuk urusan segala di hujung jari anda. Bagaimana rupa dan juga cara menggunakan apps baru ini nanti Maha akan ceritakan kepada korang pada posting yang akan datang mesti korang teruja.

0 Pandangan: