Buffet Ramadhan,

Berbuka Puasa Dengan Masakan Chef Ammar Di Dewan Perdana FELDA

Isnin, Jun 13, 2016 Mahamahu 8 Comments

Berbuka Puasa Dengan Masakan Chef Ammar Di Dewan Perdana FELDA - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Korang kenal tak Chef Ammar yang popular dengan tread mark "Masak dari Hati Masak with Iman". Kalau sebut tu mesti ada tahu dari program manakan. Chef celebriti dari program TV Al Hijrah selalu keluar dengan masakan2 dari Timur Tengah.




Kini korang peminat beliau dan juga peminat makanan Arab boleh menikmati hidangan ini di Buffet Ramadhan FELDA D'Saji. Tahun ini mereka membawa kelainan daripada hidangan yang sebelum ini apabila menampilkan hidangan Arab. Tapi masih tak lupa juga hidangan Melayu Tradisional yang turut disediakan oleh Chef profesional mereka iaitu Chef Ismail.



Tahun lepas Maha ada pergi makan Buffet Ramadhan FELDA D'Saji ini kat mana lagi kalau bukan Dewan Perdana FELDA Jalan Semarak tu lah. Tahun ini pergi lagi sebab rasa kelainan hidangan yang ditampilkan. Bila masuk dewan tu memang dapat lihat dekorasi Timur Tengah menjadi daya tarikan utama mereka. Masih ada konsep gerai2 disekeliling dewan yang menyediakan hidangan Melayu.

Kalau korang pecinta makanan Arab boleh cuba kat sini ada seperti Nasi Mandy Kambing, Nasi Briyani Arab, Nasi Kabsah, Baklava, Halwa, Mamdul, Luqmat Al Qadhi dan Basbudah itu semua signature dish istimewa dari Chef Ammar. Memang buncitlah kalau korang yang peminat kambing kat sini semua orang serbu tak tahu kenapa.




Yang masih rindu hidangan Melayu Warisan serta ala-kampung kat sini tak lari. Menyediakan masakan "Live Stall Concept" masakan seperti bakar BBQ, Aneka jenis Sup, Italian Corner, Aneka Bubur, Buah-buahan tempatan, Kuih muih tempatan dan banyak lagi masakan. Mesti korang tak menang tangan nak ambil berpinggan-pinggan.






Tapi orang kata kalau makan Buffet Ramadhan ini kena kawal nafsu dan jangan nak ambil semua nanti tak habis dah membazir tak baik. Kita buka puasa nak dapat keberkatan dan pahalakan. Walaupun makanan banyak ambil yang perlu jer, sebab ramai lagi kat buffet tu nak makan juga kan. Nasihat untuk diri sendiri juga hehehe.






Buat korang yang tak tahu nak pergi buka mana Maha cadangkan pergi kat FELDA D'Saji ini. Ada 3 lokasi yang menawarkan buffet berbuka puasa. Nak order atau nak booking boleh buat dengan hubungi talian yang disediakan. Harga pula berbeza mengikut lokasi korang pilih lah sendiri mana yang dekat dengan rumah ok. Selamat berpuasa dan selamat berbuka semua.





Lokasi buka puasa dengan FELDA D'saji :-

1. Dewan Perdana FELDA, Jalan Semarak : RM76.00+
2. Asmara Penchala, Kg Sg Penchala : RM69.00 nett
3. Kajang Perdana Avenue, Kajang : RM45.00 nett

Tempahan dan pertanyaan hubungi :-

03 – 2698 8302 (Billik Gerakan)
017 - 288 6920 (Dewan Perdana felda)
013 – 641 0969 / 017 - 669 4761 (Asmara Penchala)
019 – 295 6232 / 013 - 329 5442 (Kajang Perdana Avenue)
014 - 277 6323 / 017 - 226 8384 (Felda Villa)
03 – 4021 0098 / 0051 (Restoren Terapung Titiwangsa)

Laman web : www.ramadhanbuffet.com





8 ulasan:

  1. Cantiklah dekorasi tempat ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantik kan selesa lak tu dewan yang luas...

      Padam
  2. Cantiklah dekorasi tempat ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantik kan selesa lak tu dewan yang luas...

      Padam
  3. Sedap menu berbuka tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua sedap2 puas hati makan sampai kenyang..

      Padam
  4. memang sesuai sangat dengan selera.. makanan arab mmg pilihan saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena datang ni cuba semua makanan ni hehehe...

      Padam