Buffet Ramadhan,
Buffet Ramadhan Murah Pilihan Ramai Pasti Di INTEKMA Resort Shah Alam
Buffet Ramadhan Murah Pilihan Ramai Pasti Di INTEKMA Resort Shah Alam - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Percaya tak kalau Maha kata harga buffet ini serendah RM55nett sahaja untuk seorang dewasa. Mana nak dapat lagi harga serendah tu ini yang hanya di tawarkan di INTEKMA Resort and Convention Center @ Shah Alam.
Maha mula2 tak percaya tapi bila dah pergi makan sendiri kat sini memang terbukti sangat2 murah dan bebaloi. Mana taknya kat sini ada lebih dari 100 juadah hidangan berbuka puasa. Pulak tu lokasi bukan calang2 kat tepi kolam renang yang memang cukup2 cantik dan luas. Korang boleh tengok sendiri gambar yang Maha ambil ni mesti lepas makan rasa nak terjun mandi jer kan hehehehe.
Kat sini ada juga beberapa barisan booth yang menyediakan hidangan makanan Melayu yang enak2. Buat peminat Bubur Lambuk di sini adalah yang terbaik kerana bukan Bubur Lambuk biasa tapi ada Bubur Lambuk Ayam dan Kambing. Pada awal Ramadhan yang lepas mereka juga telah mengadakan acara pemberian Bubur Lambuk di sekitar SACC Mall.
Maha pula datang makan sini memang suka pada Murtabak dan juga Roti John yang disediakan live depan mata. Lagi ada Mee Sup, Keropok Leko, Mee Goreng dan Kueh Teow Goreng dan banyak lagi lah. Pulak tu untuk kanak2 mereka sediakan booth aiskrim yang dihasilkan sendiri juga booth ABC yang sedap dan manis. Lepas tu pula ada Kambing Golek yang memang wajib bulan puasa ini.
Selain dari makan tetamu yang datang sini dihiburkan dengan persembahan muzik dengan lagu2 tradisional dipentas utama. Apa lagi korang nak dalam Buffet Ramadhan serendah ini. Untungnya orang Shah Alam yang dekat2 situ boleh datang setiap hari. Sebelum ini Maha datang sini utnuk nikmati hidangan Ala Bendang Pendeta yang dihasilkan khas untuk pengunjung di sini. Bagi Maha harga kat sini sangat murah dan berbaloi dengan makanan yang ditawarkan.
Kalau korang nak datang buffet kat INTEKMA Resort Shah Alam ini boleh booking sekarang kerana tempat ini selalu penuh. Booking di laman Facebook atau laman web mereka ini kerana buffet ini hanya dibuka dari 9 Jun hingga 1 Julai 2016 takut tak sempat nanti. Ok lah selamat berbuka semua dan selamat berpuasa.
Tempahan dan pertanyaan :-
Hotline: +603 5522 5000/5009
Facebook : www.facebook.com/INTEKMAResort
Laman web : www.intekmaresort.com.my
Instagram : @intekmaresort
0 Pandangan: