Dapur,

Masakan Untuk Mereka Nak Buat Business Resepi Spaghetti Kerabu Dengan Salmon Dari Dapur Mahamahu

Khamis, Jun 16, 2016 Mahamahu 3 Comments

Masakan Untuk Mereka Nak Buat Business Resepi Spaghetti Kerabu Dengan Salmon Dari Dapur Mahamahu - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Masih mencari idea untuk tampil unik dan lain dari resepi masakan anda boleh cuba menu ini. Resepi Spaghetti Kerabu dengan Salmon ilham gabungan Timur Barat sesuai untuk usahawan masakan di Malaysia.


Ini kerana bagi Maha resepi ini memberi satu kelainan dalam citarasa rakyat Malaysia yang mahu sesuatu yang lain dan segar. Ia juga sihat dan tidak begitu berat bagi mereka yang mengawal pemakanan mereka. Maha sendiri pun suka makan boleh buat hari2 kot hehehe. Jom Maha share ngan korang bahan2 yang digunakan dalam menghasilkan resepi ini. 


Bahan-bahan membuat Spaghetti Kerabu dengan Salmon:-

200gram Spaghetti (jenama apa2 pun ok)
3 sudu Minyak Zaitun
1 biji Bawang Besar
3 ulas Bawang Putih
1 inch Halia
1 sudu Udang Kering
2 batang Serai 
1/2 batang Bunga Kantan
3 batang Kacang Panjang
1/4 bahagian Kubis
4 helai Daun Limau Purut
1 potong Ikan Salmon100
Garam secukup rasa
Lada hitam

Jom tomton cara2 untuk penyediaan resepi ini:-


Senangkan cara untuk penyediaan resepi ini. #JanganKecam Maha kerana resepi ini Maha tak tulis cara nak memotong atau nak mengkisar bahan2 ini. Korang yang boleh tengok rupa bentuk sayur2 tu dah tahukan cara nak hasilkannya. Jadi kalau nak tahu cara pakar sedia semua bahan2 ini kena belajar kat buku atau blog lain ok hehehe. Tapi Spahetti Kerabu ini semua sayur kena potong kecil2 untuk senang nak masak dan nak kunyah ok.



Kalau korang nak guna sayur2 lain pun boleh tak ada masalah tapi bagi Maha nak kekalkan rasa Kerabu yang asal jadi guna beberapa bahan sayur tempatan yang segar. Cuma tak jumpa daun Kaduk jer untuk masuk dalam Spaghetti ini mesti lagi kot. Apa pun ini hanya idea untuk korang yang nak buat business masakan atau restoran yang nak cari kelainan dalam menu.



Sapa ada resepi yang special nak Maha cuba dan visualisasikan menjadi seperti mana yang di hasilkan sebelum ini. Boleh hantar resepi anda kepada Maha dan yang betul2 special sahaja akan dapat feature kat blog. Mana tahu korang juga boleh jadi celebriti dalam dunia masakan ini. Selamat mencuba semua.







3 ulasan:

  1. Wahhh.. sedap nie.. terbaikkk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe terima kasih kena cubalah kalau nak tahu sedap ker tak huhuhu selamat mencuba..

      Padam
  2. senang je nak buat rupanya...kena cuba nih...terbaik

    BalasPadam