Aiskrim,

Mudahnya Cara Menggoreng Aiskrim Goreng Dari Gelato Fried Yang Meletop

Jumaat, Jun 03, 2016 Mahamahu 6 Comments

Mudahnya Cara Menggoreng Aiskrim Goreng Dari Gelato Fried Yang Meletop - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Korang tahu ke macam mana sebenarnya cara nak goreng aiskrim ini. Jangan ingat aiskrim tak boleh goreng ok sebenarnya dah lama resepi aiskrim goreng ini popular di Malaysia.


Cara nak goreng aiskrim goreng ini hanya kena panaskan sahaja minyak sehingga barasap kemudian masukkan ketulan aiskrim ini dalam minyak yang betul2 panas tu. Hanya perlukan 4 saat sahaja untuk menggoreng aiskrim ini tak perlu lama2. Ada rahsia yang digunakan untuk memastikan aiskrim didalam sentiasa sejuk ketika digoreng. Dimana kulit aiskrim ini dibuat menggunakan kepingan roti jadi sebab tu cara nak masaknya begitu cepat tak seperti aiskrim goreng lain.

 
 Video dari Facebok Amazing Ayu Food


Sedap bukan aiskrim goreng ni, tapi sebenarnya aiskrim goreng jenama Gelato Fried ini dihasilkan sendiri oleh pemiliknya iaitu En Firdaus. Seorang usahawan muda yang sentiasa nak majukan diri dan mencari kelainan dalam produk yang dihasilkan. Sebab tu terjadinya Gelato Fried keluaran Imtiyaaz Frozen & Beverage company Bumiputera sepenuhnya yang bertapak di Batu Cave.

Alamat : No. 5, Gerai MPS Blok A,
Jalan Industri Bolton 1,
Taman Industri Bolton,
68100 Batu Caves



Terdapat 3 perisa aiskrim goreng yang dihasilkan iaitu Chocolate Chip, Vanilla Oreo dan Strawberry. Dalam satu pack besar ini mengandungi 6 ketul aiskrim goreng mengikut perisa pilihan kita mahukan. Harga pula sangat berpadanan hanya RM15.00 sebungkus sahaja. 



Macam mana pula nak dapat stok aiskrim ni? Bagi yang nak rasa aiskrim ini boleh order secara online di Facebook atau juga Instagram mereka. Nak lagi mudah korang boleh whatapps terus kepada pemilik produk ini kerana dia akan hantar terus ke depan rumah korang tapi untuk sekitar KL lah. Lepas ni korang boleh makan aiskrim goreng waktu buka puasa sekejap jer nak goreng tak perlu susah2. Selamat mencuba semua.

Tempahan dan pertanyaan hubungi :-
Whatapps : 011-3797 6374






6 ulasan:

  1. akak tringin nk buat tp tk terbuat..tk try lg bli yg ada jual kt supermarket hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe akak beli jer yang ni jimat masa dan tenaga. Lagi pun rasa sedap memang menyelerakan.

      Padam
  2. akak tringin nk buat tp tk terbuat..tk try lg bli yg ada jual kt supermarket hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe akak beli jer yang ni jimat masa dan tenaga. Lagi pun rasa sedap memang menyelerakan.

      Padam
  3. dah makin ramai yang jual aiskrim goreng sekarang ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baguskan ada macam ni sebab nanti kualiti makin bertambah harga makin bersaing yang untuk kita juga peminat aiskrim ni hehehehe..

      Padam