Daging Salai Masak Lemak Cili Padi,
Tonton cara2 untuk memasak resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Padi :-
Santan Ini Mampu Membuatkan Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Padi Anda Lebih Sedap Dan Tahan Lama
Santan Ini Mampu Membuatkan Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Padi Anda Lebih Sedap Dan Tahan Lama - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Resepi yang Maha masak kali ni mesti ramai orang suka Daging Salai Masak Lemak Cili Padi yang pasti sedap. Sedap kenapa kerana kali ni Maha tak gunakan santan kelapa biasa tapi santan sawit.
Maha menggunakan Khalis Santan Sawit yang dihasilkan dari sawit terpilih yang mengandungi lemak yang sangat rendah dan bebas kolesterol. Ia juga diperkaya dengan Vitamin semulajadi A & E. Santan ini special yang menyebabkan Maha suka guna dalam masakan kerana ia hanya menggunakan separuh daripada sukatan santan biasa. Maksudnya kalau selalu kita masak lemak ini memerlukan 1 cawan santan biasa tapi dengan Khalis Santan Sawit ini hanya separuh dari jumlah tersebut sahaja.
Lagi santan ni Maha hanya perlu simpan dalam peti sejuk biasa sahaja tak perlu letak kat tempat sejuk beku. Banyak sebenarnya kelebihan santan sawit ini yang buat Maha mula beralih kepada produk yang dijamin sedap ini. Sebab tu resepi yang Maha share kali ini memang menggunakan santan sawit ini. Resepi ini juga sesuai untuk korang buat hidangan buka puasa atau hidangan sahur. Jom kita tengok bahan2 yang Maha gunakan untuk resepi kali ini.
Bahan2 membuat Daging Salai Masak Lemak Cili Padi :-
400gram Daging Salai
2 batang Serai
250ml Khalis Santan Sawit
2 keping Asam Keping
10 biji Cili Padi
1 inci Halia
1 inci Kunyit Hidup
1 ulas Bawang Putih
250ml Air Kosong
Garam secukup rasa
Sehelai Daun Kunyit
2 batang Serai
250ml Khalis Santan Sawit
2 keping Asam Keping
10 biji Cili Padi
1 inci Halia
1 inci Kunyit Hidup
1 ulas Bawang Putih
250ml Air Kosong
Garam secukup rasa
Sehelai Daun Kunyit
Tonton cara2 untuk memasak resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Padi :-
Dah siapkan mudah jer cara nak menyediakan hidangan popular dari Negeri Sembilan ini. Lagi sedap kalau menggunakan Khalis Santan Sawit ini. Kat pasaran dah boleh dapatkan stock santan ini dalam pack 320ml dan juga 1000ml. Mana nak dapat korang boleh pergi ker pasaraya2 besar seperti ni:-
MYDIN | MY MYDIN | TESCO | TESCO Extra | GAINT | AEON Big | Pacific | Pasaraya Hero | UO Superstore | The Store | Jaya Grocer
Maha suka guna santan ini sebab ianya tahan lama. Kalau beli dan tak buka lagi boleh simpan selama 5 bulan dalam peti sejuk. Kalau dah buka dan guna separuh tu kita masih boleh simpan lagi selama 1 bulan dalam peti sejuk. Jadi memang tahan lama dan menjimatkan. Selain dari masak masakan seperti ini santan ini juga boleh buat banyak lagi masakan seperti pencuci mulut. Nantikan next entry Maha untuk resepi Serawa Durian dan Pulut dengan menggunakan santan ini. So apa lagi selamat mencuba resepi ini dan juga mencuba Khalis Santan Sawit.
Dapatkan info lanjut di sini :-
Facebook : www.facebook.com/KhalisSantanSawit
santan sawit ni memang best kan maha.. selalu buat kari cantik jer terbit minyak.. hehehe
BalasPadamKan betul Maha suka sebab dia banyak dan jimat. Masakan pun lebih sedap dari biasa.
PadamPagi2 tgok masak lemak daging salai..teringin la pulak..nampaknya nak kena try beli santan ni...
BalasPadamhehehehe kena cuba ini memang menarik dan sedap guna santan ni..
Padamoo baru tahu ada santan sawit. boleh cubalah nanti
BalasPadamSantan ni dah lama ada dalam pasaran boleh cuba nanti ok.
PadamPerghhhh.. Kecur liur pulak.. boleh masak daging bakar petang ni..menu berbuka..hehe
BalasPadamBoleh lah cuba memang sedap dan sesuai untuk buka hehehehe...
Padam