Buah-Buahan,

Kerana Batuk Yang Berpanjangan Maha Cuba Ubat Batuk Organik Dari Buah Nanas Yang Diviralkan

Khamis, Julai 14, 2016 Mahamahu 10 Comments

Kerana Batuk Yang Berpanjangan Maha Cuba Ubat Batuk Organik Dari Buah Nanas Yang Diviralkan - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sejak pulang daripada menunaikan Umrah hari tu batuk ni masih belum baik lagi. Sampai sekarang batuk setiap malam dan telah membuatkan suara Maha semakin serak. Sebab tak tahan dengan batuk ni Maha carilah petua kat internet tentang nak hilangkan batuk.


Memang banyak resepi orang tua2 tapi satu ini sangat menarik perhatian Maha sebab ia bukan petua tapi ia Ubat Batuk Organik. Terima kasih kepada Siakapkeli sebab sharekan artikel ini pada umum yang dia orang perolehi daripada seorang surirumah yang post kat facebooknya. Pada mulanya akak ini nak kongsi rahsia nak hilang batuk bagi kanak2 dalam lingkungan umur 1 tahun ke atas.


Tapi kerana petua ini simple dan boleh dinikmati semua peringkat umur membuatkan Maha terus cuba kerana tak tahan setiap malam tido tak cukup kerena batuk yang tak henti. Petuanya mudah sahaja rupanya hanya menggunakan buah Nanas dan Madu sahaja. Maha tengok cara penyediaan pun mudah dan cepat.


Cara nak buat ubat batuk daripada Buah Nanas :-
1) Beli apa2 jenis Nanas yang ada pastikan ianya sudah masak jangan yang muda ok. Maha suka guna Buah Nanas MD-2 kerana bukan setakat baik tapi rasa sangat sedap.
2) Kupas buah Nanas tersebut dan potong kecil2 agar mudah untuk dikisar. Maha guna juice mixer jer mudah dan cepat hehehe.
3) Setelah dikisar sehingga halus dan ditapis agar tiada rasa hampas2 dalam jus tu. Guna penapis yang paling halus sekali.
4) Siap dikisar boleh masuk dalam botol dan simpan dalam peti untuk dinikmati.
5) Minum pagi dan malam untuk hilangkan batuk. Cara nak minum tuang dalam cawan dan masukkan sesudu madu untuk meneutralkan rasanya.



Ia juga bergantung kepada ketahanan batuk seseorang, ada yang cepat sembuh ada yang lambat sikit ia tidak sama. Tapi ia tak sesuai untuk kanak2 bawah umur 1 tahun kerana Nanas sifatnya tajam. Apa pun jus ini tidak boleh disimpan lebih dari 3 hari maklulah bahan mentah tiada bahan pengawet jadi tak tahan lama. Alhamdulillah Maha punya batuk pun dah bekurangan setelah amalkan selalu.


Tapi kalau korang rasa susah juga nak sediakan jus Nanas ini sendiri korang boleh dapatkan sahaja kat pasaran jus original yang tak campur apa2 bahan pengawet. Maha syorkan korang beli jer kat Jus Bob Nanas. Yang ni memang jamin ia jus asli Nanas dan tiada campuran. Mereka pulak menggunakan buah Nanas tempatan MD-2 yang dijamin terbaik dari ladang.



Kalau korang nak order boleh contact mereka melalu whatapps atau facebook. Tapi bagi mereka yang tinggal Negeri Sembilan mudah jer kerana  mereka ada dimana2 pasar malam. Maha pun suka minum Jus Bob Nanas ni segar. Sebab sebelum ni pun Maha dah cuba Buah Nanas mereka yang segar tu buat masak2 terbaik. Jangan lupa ok dapatkan sekarang. Selamt mencuba.
  
Tempahan dan pertanyaan hubungi :-
Tel : 017-316 2096 (Bob)
        019-654 0296 (Rosnah)
        017-361 1258 (Hazman)

Lagi resepi menggunakan buah Nanas untuk dicuba.







10 ulasan:

  1. tu la tuan..buah-buahan nibyk kelebihannya..dpt rawat pyakit..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita jer tak tahu habis2 apa kebaikan kepada kesihatan kita kan.. Kena buat research ni..

      Padam
  2. Tanpa Nama18 Julai, 2016

    yosh..antara buah faveret nih...btw..nice theme by thesis...kite geng..
    Jom tgk kat sini..Kenapa Tiada Warna Merah Jambu di Terengganu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheheh nice juga... terima kasih singgah..

      Padam
  3. Baru taw tips nie.. nice sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tips ini tak sesuai untuk yang batuk dan sakit tekak ok..

      Padam
  4. Baru tahu nanas boleh mengurangkan batuk, boleh try nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh hilang tapi kalau ada sakit tekak tak sesuai...

      Padam