Islam,
Ketenangan Di Kota Mekah Melengkapkan Umrah Pertama Mahamahu Bulan Ramadhan - Bahagian 2
Ketenangan Di Kota Mekah Melengkapkan Umrah Pertama Mahamahu Bulan Ramadhan - Bahagian 2 - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sebelum ni post tentang perjalanan Maha di Kota Madinah dan kali ini pula sambungannya di Tanah Haram Mekah Al-Mukarramah. Di mana di sini berkumpulnya seluruh umat Islam dari serata dunia bagi menyempunakan Umrah dan Haji mereka.
Perjalanan Maha dari Madinah ker Mekah mengambil masa 6 jam menaiki bas. Masa tu kami dah siap2 memperkenakan pakaian Ihram untuk berhenti di Miqat Bir Ali. Sepanjang perjalanan kami tu ditemani oleh Mutawif sampai ker Miqat sahaja. Di situ kami diberi arahan dimana mahu berkumpul dan juga apa perlu buat di Miqat. Di sini kalau sapa2 yang tak perkena Ihram boleh tukar di sini dan di sini juga kita solat sunat Ihram dan juga berniat Ihram. Tu semua akan diterangkan oleh Mutawif.
Tapi selepas Miqat untuk sampai ke Tanah Haram kami hanya Bertalbiyah, berzikir atau membaca Al Quran kalau tak pun tidur sahaja jangan bersembang2 hal2 yang tidak berfaedah. Akhirnya kami sampat ke Tanah Haram dan untuk masuk ke hotel kami ada masalah sikit sebab kami sampai agak sudah lewat dan semua jalan utama ke Masjidi Haram telah ditutup kepada kenderaan awam. Jadi kami terpaksa jalan kaki dalam 2km untuk sempai ke hotel dengan membawa beg masing2.
Kat Mekah kami dibahagikan kepada dua kumpulan yang akan tinggal di dua hotel berasingan. Ada jemaah yang tinggal di atas Hilton Hotel betul2 berdepan dengan Masjidi Haram. Manakala Maha dan kawan lain tinggal di Hotel AlJewar tak lah jauh sangat tapi atas bukit sikit kena mendakilah setiap kali nak keluar masuk hotel. Hotel agak selesa kami duduk 6 orang satu bilik dan ada bilik air sendiri.
Alhamdulillah selesai urusan hotel kami terus berangkat dengan seorang lagi ustaz atau mutawif yang akan membawa kami untuk menunaikan Umrah pertama iaitu umrah wajib. Alhamdulillah sekali lagi Maha dan kawan2 dapat selesaikan semua rukun Umrah iaitu Tawaf, Saie dan juga Bertahallul. Tak perlu Maha cerita macam mana perjalanan tu nanti kalau korang kursus umrah akan diterangkan lebih detail. Tapi semua maklum musim Ramadhan ini memang setiap masa ada sahaja orang yang melakukan Tawaf jadi memang cukup ramai masa tu.
Peringatan jer sikit lah kalau masa melakukan Tawaf tu niat kita nak berTawaf dan jangan pedulikan apa terjadi tapi kena hormati orang lain yang berada disekeliling kita jangan pentingkan diri. Masa tu kami lakukan Tawaf waktu malam agak sejuk dan selesa sikit. Bulan Ramadhan waktu lepas Asar hingga Subuh memang ramai orang peringatan sekali lagi 2 jam sebelum masuk waktu kita kena berada dalam masjid kerana kalau lambat pintu akan tutup dan kena sembahyang kat luar.
Sepanjang berada kat Masjidi Haram kita akan rasa sendiri bertapa masa itu kita kerdil sangat dan terlalu banyak dosa dalm diri ini untuk kita mohon keampunan dari-Nya. Jadi gunakan masa setiap waktu untuk bersolat dalam masjid dan lakukan apa2 sahaja ibadah yang mendatangkan pahala kat dalam tu. Cuma suasana orang kat Masjidi Haram tidak seperti di Madinah orang kat sini terlalu ramai dan keadaan tempat yang agak padat.
Tapi bagi Maha berada kat Kota Mekah ini memang meninggalkan sejuta keinsafan dalam diri bahawa kita hanya manusia biasa. Maha rasa tenang berada di sana setiap kali memandang Kaabah tu dan ingat walaupun kita hanya pandang Kaabah tu ada pahala untuk kita. Kalau boleh masa solat tu kalau nampak Kaabah kita pandang Kaabah dan tidak pandang bawah. Tu nasih orang berpengalaman kat sana lah.
Di Masjidi Haram ini ada beberapa perkara yang mungkin Maha boleh share penting untuk korang sediakan.
1) Sarung selipar sangat penting kerana kita masuk pintu lain tapi keluar mungkin pintu lain jadi sentiasa kena bawa selipar kita kemana2 dalam sarung.
2) Beli sejadah kecil atau sejadah nipis yang boleh muat dalam beg sandang kerana kat sana kita akan solat atas lantai yang ada mozek dan kadang2 tak ada.
3) Kalau keluar waktu tengahari untuk solat Zohor dan Asar bawa spek mata hitam kerana keadaan mozek yang cerah memberi silau.
4) Paling penting nak menunaikan solat 5 waktu kita ambil wudhuk siap2 dari hotel agar kita sampai sana boleh terus cari tempat almaklumlah orang ramai.
Tu sikit2 lah yang Maha boleh share ketika berada di Mekah untuk panduan kawan2 mana yang akan ke sana nanti. Sepanjang 10 hari Maha berada kat Mekah tu kami juga di bawa pergi ziarah tempat2 yang ada sejarah tentang Islam yang perlu kita tahu. Hari ke 3 di Mekah kami pergi ziarah pertama iaitu pergi ker Jabal Thur, Arafah / Jabal Rahmah, Mudzalifah / Mina, Jabal Noor dan Miqat Ja'ranah untuk sapa nak lakukan Umrah kedua. Masa tu lah kami dapat tengok lokasi orang2 Islam melalu rukun Haji yang sebenar. Kami tak singgah hanya lalu sahaja tapi dapat rasa bagaimana orang kita melakukan Haji tu.
Jabal Rahmah |
Mudzalifah / Mina |
Jabal Noor |
Untuk ziarah kami kedua semasa di Mekah kami dibawa ke Muzium Hudaibiyah dan Miqat Hudaibiyah untuk sapa nak melakukan Umrah lagi. Masa kat muzium tu best sebab kita dapat tengok Majidi Haram dari zaman dulu sehingga tahun 2030 yang akan siap sepenuhnya. Betapa besarnya perkembangan Mekah setelah siap sepenuhnya nanti. Rasa macam kagum sangat betapa dari zaman Rasullullah kota ini tidak pernah lengang dengan orang ramai.
Muzium Hudaibiyah |
Di Masjidi Haram sepanjang 10 malam terakhir ini memang penuh orang yang melalukan ibadah. Sikit lah Maha cite pasal suasana kat sana, masa buka puasa beramai-ramai, solat Maghrib kemudian olat Isyak, kemudian Tarawih dan selepas pukul 12malam akan lakukan solat Qiamullail sehingga solat Subuh. Jadi memang penuh orang masa tu dan setiasa ada sahaja orang melakukan ibadah. Jadi masjid tidak pernah sunyi dengan kalimah Allah seronok.
Ok lah mesti korang nak tahu suasana Raya kat Mekah bukan. Alhamdulillah ni pengalaman sangat berharga Maha sebab dapat beraya di Mekah dan berjauhan dari family. Malam akhir Ramadhan kat sana mereka selepas solat Isyak tidak ada Takbir raya. Cuma mereka akan bertakbir pada pagi Raya sebelum solat Raya. Kat sana solat Raya pukul 6.00pagi. Sekali lagi peringatan kena masuk masjid seawal mungkin kerana anda akan tersangkut diluar setelah pintu ditutup. Pengalaman Maha solat Raya kat Mekah memang satu yang menarik. Tapi selepas solat tu orang2 kat sana tak buat ziarah rumah ker rumah macam kita di Malaysia jadi memang ia sangat2 berbeza.
Cuma kalau korang rindu makanan Malaysia kat Mekah boleh cari kerana kat sana ada Restoran Malaysia yang disediakan oleh Felda D'Saji. Jadi kalau nak makan Roti Canai atau Teh Tarik ada kat sana cuma harga ikut rate sanalah. Kat Mekah tak susah nak cari makan macam kat Madinah setiap kali berjalan akan jumpa sahaja kedai2 dan mall untuk berhenti beli barang atau makanan. Tapi kat Mekah yang murah nak beli adalah Jubah lelaki dan perempuan korang cari kat area sepanjang Jalan Aljiyad depan Le Meridian Hotel. Situ boleh tawar menawar sikit. Atau korang boleh naik teksi pergi ker Jalan Aziziah korang cari Al Safwah Shopping Mall situ memang banyak gila pilihan jubah dan murah2.
So last day Maha kat Mekah jadi kami pun besiap untuk berangkat pulang ke Jeddah untuk naik flight di sana. Cuma kami dari Mekah ke Jeddah tiada diiringi oleh sapa2 sebagai ketua terpaksa melantik antara jemaah untuk jadi ketua sebab kami tak tahu apa perlu buat semasa di Jeddah Airport tu. Mana nak check in, mana nak beli air ZamZam, mana nak masuk ke pintu penerbangan. Semua kami buat sendiri tapi Alhamdulillah kami dapat atasi semua ini walupun flight delay 2 jam. Kami beryukur sangat akhirnya dapat pulang dengan selamat ke tanah air pada malam raya kedua. Terima kasih Maha nak ucapkan pada abang2, pakcik2 dan makcik2 yang sejemaah dengan Maha yang telah banyak membantu dalam perjalanan Umrah Maha ni. Tak terbalas jasa korang semua dan Maha hanya doa pada Allah untuk memberi yang terbaik kepada kalian. Moga perkenalan kita sepanjang Umrah ini akan kekal selamanya. Semoga Allah mengampunkan dosa kami semua.
alhamdulillah...
BalasPadamAlhamdulillah.. semoga aku pun diberikan peluang pergi ke sana. Nak sangat. :')
BalasPadamIn Sha Allah banyak2 berdoa Zul masa akan datang juga....
Padam