Churros,Street Churros Cawangan Kafe Terbesar Dari Korea Kini Di Malaysia
Street Churros Cawangan Kafe Terbesar Dari Korea Kini Di Malaysia - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Churros pernah menjadi fenomena di Malaysia satu masa dulu mana ramai orang mencari Resepi Churros untuk buat sendiri makanan ringan ini. Kalau kat Malaysia ni Churros ini kita makan sebagai minum petang atau makan sampingan sahaja tapi sekarang ia lebih dikenali menjadi makanan kegemaran ramai.
Street Churros adalah antara franchise terbesar di dunia dan ia berasal dari Korea Selatan. Kini kafe ini telah mula dibawa masuk ke Malaysia dan cawangan pertamanya adalah di IOI City Mall Putrajaya. Maha menjadi antara orang pertama yang dapat menikmati Churros ini yang telah mula di buka sejak minggu lepas lagi.
Kalau selalu Maha makan Churros yang perisa biasa dan dicelup dengan coklat atau dengan sebuk kayu manis sahaja. Tapi kat kafe ini ada pelbagai jenis Churros ditampilkan untuk memenuhi citarasa kita orang Malaysia. Maha telah cuba semua jenis memang menarik dan untuk membezakan Churros di kafe ini dan tempat lain adalah bahan2 yang diguna pakai bahan semulajadi dan di bawa dari Korea.
|
Cinnamon, Cheese dan Chocolate (Sebatang RM 4.90) |
|
Filling-Chu (Sebatang RM 7.90) |
Kat sini korang akan dapat nikmati Churros tiga perisa utama iaitu Cinnamon, Chocolate dan Cheese. Churros sini disadur dengan semua perisa2 ini disedia panas2 dan rangup2 memang terbaik. Kemudian ada juga Churros yang diisi dalamnya denagn rasa seperti Chocolate, Cream Cheese atau Blueberry iai dipanggil "Filling-Chu". Nak order kena panggil Filing-Chu meraka tahu lah yang mana.
|
Filling-Chu Cream Cheese, Chocolate atau Blueberry (RM 8.90) |
Pada yang suka makan Churros ini dengan aiskrim kat sini juga ada. Ia dipanggil "Ah-Chu" dimana aiskrim vanilla yang disadur dengan perisa bagi menambah uhmm dalamnya. Di antara topping yang ada iaitu Hoco Choco, Choco Berry dan Strawberry. Ini ada gabungan churros panas bersama dengan aiskrim yang sejuk jadi memang gabungan yang mantap.
|
Choco Latte, Milk Tea Latte dan Passion Fruit Ade |
|
Banana Shake |
Kalau makan jer tak lengkapkan sebenarnya kat sini ada banyak minuman kopi yang special untuk dinikmati bersama dengan Churros. Di antara yang popular adalah Lattes - Choco Latte, Green Tea Latte, dan Milk Tea Latte. Tu untuk yang suka kopi kalau nak minuman fresh boleh cuba minuman yang popular di sini iaitu Fresh Lemonade, Passion Fruit Ade dan Banana Shake.
Jadi tunggu apa lagi korang boleh cuba Street Churros di cawangan pertama mereka ini. Mungkin akan buka lagi 5 cawangan seluruh KL tak lama lagi. Konsep kat sini adalah take-away di mana peminat digalakan untuk bungkus dan juga berjalan sambil menikmati Churros ini. Maha dah cuba korang bila lagi mai lah. Selamat mencuba semua.
1st time mkn churros ms p korea dlu..ms tu kt kl xde jmpa lg...lps tu dh mkn kt kl ni mcm tk brp sedap je...nanti kalo ke ioi mall bole la try yg ni plak kalo kesempatan...
BalasPadamMaha tak pernah makan yang kat Koreanya tapi kalau sapa makan kat sini dia orang kata sama mcm kat Korea sebab bahan2 yang diguna semua dibawa dari sana.
PadamNampak menarik je. Tengah tunggu mereka buka di cawangan berdekatan.
BalasPadamHehehehe dalam tahun ni gak mereka akan buka 5 lagi cawangan Bro...
PadamMoga lagi dekat dengan rumah bro la ek
PadamSis suka cinnamon tu..perghhh sedapp banget..hehehe
BalasPadam