Aloft Kuala Lumpur Sentral,

Aloft Kuala Lumpur Sentral Memperkenalkan Buffet Makanan Thai Dari Chef Profesional

Selasa, September 27, 2016 Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Special untuk orang KL nak cari makan tenghari dekat dengan pejabat korang atau hanya datang naik LRT saja. Ni lah dia di Hotel Aloft Kuala Lumpur Sentral yang membawakan kepada korang makanan original Thai.

Chef Ton Eksekutif Sous Chef Aloft Bangkok

Kali ni mereka membawa chef profesional yang diimport dari negara Thailand sendiri iaitu Sukprasat Chaisong atau lebih dikenali sebagai Chef Ton, Eksekutif Sous Chef Aloft Bangkok. Jadi tak perlu risau tentang rasa masakan Thai original memang terjamin dan juga chef ini menggunakan bahan-bahan asli.



Buffet makan tenghari dan malam ini hanya terhad dari 20 September hingga 1 Oktober 2016 sahaja. Jadi datang sekarang kerana harga sangat berpatutan iaitu RM98 nett seorang. Apa yang korang dapat dengan harga seperti tu untuk makan tengahari.






Ada lebih daripada 30 hidangan masakan Thailand yang disediakan untuk tetamu yang datang bagi aktiviti pejabat Mahu pun makan bersama pelanggan. Di antara yang ada dalam buffet ini adalah Grilled Scallop dengan Spicy Thai Herbs Salad, Papaya Salad dengan Udang rebus, Deep Fried Bread dengan Daging Ikan Cincang, Tom Yam Goong, Sup Udang panas dan masam




Pencinta ikan boleh cuba pula kukus White Snapper dengan Lime atau Salmon salai dengan herba dan Roasted Sea Bass. Masakan lain pula adalah Stir Fried Chicken dengan Lemongrass dan Cashew Nuts, Stir Fried Beef in Oyster Sauce dan Stir Fried Mixed Seafood dengan Chillies








Pengalaman makan tidak akan lengkap tanpa beberapa kari Thai jadi tetamu boleh mendapatkan Roasted Duck Curry, Beef Green Curry, Nanas dan Mussel Red Curry, Red Curry Prawn dan Yellow Chicken Curry.







Kat Restoran NOOK akan ada stesen nasi dan mee yang menampilkan Pineapple Fried Rice, Fried Kuey Teow, Eggs Mi dengan ayam dan Curry Sup, Beef Noodle Soup dan banyak lagi. Kaunter pencuci mulut tidak boleh dilepaskan dengan Pulut Mangga yang popular, Sago Pudding dengan jagung, Water Chestnut dalam susu kelapa, dan pencuci mulut Thai klasik kukus Egg Custard dalam Baby Pumpkin.






Dekorasi restoran ini sangat futuristik dan juga memberi keselesaan untuk makan beramai-ramai. Boleh memuatkan 144 tempat duduk dan juga ruang peribadi untuk majlis-majlis khas yang ditempah tampa sebarang cas tambahan. Jadi tunggu apa lagi boleh tempah sekarang dan nikmati hidangan Thai.

Tempahan dan pertanyaan :-
Tel :- (60) 3 2723 1188
Laman web :- www.aloftkualalumpursentral.com

Ranking Mahamahu :-
Kesedapan : 4/5
Harga : 3/5



2 ulasan:

  1. aku suker pulut mangga sedappp

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap terbaik lah semua lauk2 sini sedap huhuhu...

      Padam