Cafe,

Cosans Coffee Menyediakan Selain Kopi Juga Hidangan Baharu Dari 'Hot Kitchen'

Selasa, September 06, 2016 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Food review kali ini sesuai buat mereka pecinta kopi yang memang suka cuba biji kopi terbaru dan unik. Cosans Coffee hari tu panggil Maha untuk 'Coffee Bean and Food Tasting' mereke sempena dengan memperkenalkan biji kopi baru.



Cawangan yang Maha pergi adalah di SS15 Subang Jaya dimana ia adalah HQ kepada cawangan yang ada seluruh KL. Pada hari tu Maha diperkenalkan kepada 4 jenis biji kopi yang akan digunakan dalam menu kopi di sini. Kopi Kenya, Kopi Colombia dan ada lagi dua nama tak ingat Maha maklumlah bukan pecinta kopi hehehe.



Selain daripada memperkenalkan rasa kopi baru mereka juga mengajar kami untuk Coffee Art. Yang selalu korang tengok dalam Latte dan Cappuccino atas tu ada creamer bentuk bunga, love dan juga bear cantik dan berseni. Susah juga nak buat rupanya kalau pertama kali cuba memang tak berjaya dan mereka yang kerja di Cosans Coffee ini semua dah expert.




Pada hari tu juga kami menyaksikan acara pemotongan reben untuk Hot Kitchen pertama di cafe ini. Acara disempurnakan oleh CEO mereka sendiri dan ini adalah satu-satu cawangan yang ada hot kitchen sendiri. Dalam hot kitchen ini memperkenalkan menu yang baru dan berat untuk peminat makanan barat.

Menu baru yang menggoda


Kalau korang tengok semua menu yang baru diperkenalkan hari tu memang menggoda nafsu makan korang. Dari makanan yang berat kepada makanan sihat seperti soup dan salad. Pastu kalau nak pasta dan juga seafood semua ada. Korang kena cuba sendiri baru tahu.

Neptune Lobster

Seperti Neptune Lobster ini yang terang-terang ada isi lobster yang disalut dengan mayo dan juga sos lain yang istimewa. Diapit dengan roti dan juga sayur yang segar-segar di dalamnya. Hidangan ini datang dengan French fries.

Nachos

Truffle Mushroom Soup

Lepas tu ada pula side dish seperti Nachos dan Truffle Mushroom Soup yang memang cukup sedap wajib cuba. Kalau nak yang tak berat sangat korang boleh pilih Baked Salmon Pasta yang ini memang menggugat iman Maha sebab memang suka Salmon juga Aglio Olio Seafood ini terbaik.

Baked Salmon Pasta

Aglio Olio Seafood

Kalau datang minum kopi untuk sarapan pagi juga ada hidangan yang special sarapan korang boleh pilih seperti Seafood Omelette ini. Di hidangan dengan telur yang dimasak sempurna bersama dengan seafood segar. Kemudian set sarapan ala western ini mengandungi hotdog, salad dan juga kelengkapan lain.

Seafood Omelette


Semua ini hanya boleh didapati di cawangan Subang Jaya sahaja kerana kat situ dah launching Hot Kitchen. Puas lah makan lepas ni kalau datang kat sini. Cosans Coffee ini ada 6 cawangan lain seluruh KL iaitu kat Solaris Mont Kiara, Cascades Kota Damansara, Bangsar, Sunway Pyramid, Puchong dan Paradigm Mall

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Ranking Mahamahu :-
Kesedapan : 4/5
Harga : 3/5





0 Pandangan: