Bold 2.0,
Dashing Adventurer 2.0 Sebahagian Daripada Gaya Hidup Lelaki Malaysia
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Lelaki sekarang lebih pentingkan penampilan dan gaya bila keluar tak kira lah dating ker atau bersama teman-teman betul tak. Korang tipulah kalau sekadar pakai bedak dan minyak wangi jer keluar. Mesti nak ada Deodoran tak kisah lah semburan atau yang Roll-Ons untuk terus yakin dengan bau badan.
Sebelum ni ada produk Dashing penjagaan muka. Bukan sekadar pewangi tapi Dashing kini telah keluar dengan satu set lengkap untuk lelaki yang aktif dan berani untuk tampil hebat. Wow Maha cakap dah macam sale jual perfume kat Sogo lak hehehe. Tapi betul lah sekarang ni kalau nak beli biar lengkap satu set senang semua ada.
Dashing Adventurer 2.0 kali ni nampak lebih meyakinkan sebagai seorang lelaki maskulin. Maha dah cuba sendiri kat diri ini dengan set baru ini memang mengancam. Tengok dari luaran reka bentuk sentuhan 3D tu boleh nampak macam tibul-tibul lak kat botol tu.
Semburan Deodoran 'NO GAS' 150ml (RM18.90) |
Lepas tu warna lebih bertenaga sebab kalau lelaki nak bawa set macam ni pergi bercuti atau jalan jauh-jauh baru yakin sikit tak nampak macam mat metroseksual sangat hehehe. Maha suka penampilan baru Dashing kali ini.
EDT 100ml (RM34.50) |
Yang Maha guna sekarang ini adalah Dashing variasi BOLD 2.0. Yang ini ada 3 set sekali iaitu EDT (Eau De Toilette), semburan Deodoran dan Deodoran Roll-Ons. Bagi lelaki yang ni cukup lengkap keperluan seharian.
Deodoran Roll-Ons 40ml (RM6.50) |
Keluaran Dashing kali ini luar biasa sikit sebab mereke telah tambah baik teknologi iaitu Deodoran 'NO GAS'. Beza yang dulu ia banyak guna gas dan tidak tahan lama tapi yang baru ini ia tahan sehingga 2 bulan penggunaan.
So kat situ sebenarnya kita dapat jimatkan kos kerana tak perlu beli banyak kali Deodoran. Selain tu juga semburan Deodoran ini lebih cepat kering dan mengelakkan pertumbuhan bakteria di bawah lengan. Jadi tak adalah tanda kuning pada pakaian korang nanti so tak perlu risau.
Mesti korang tanya tentang harga pulakan. Ia sangat-sangat berpatutan untuk setiap produknya.
1) EDT 100ml RM34.50 termasuk GST
2) Semburan Deodoran 'NO GAS' 150ml RM18.90 termasuk GST
3) Deodoran Roll-Ons 40ml RM6.50 termasuk GST
Jadi korang dah boleh dapatkan semua variasi baru ini di pasaran di mana-mana pasaraya dan farmasi. Jadi lepas ni tiada alasan untuk wangi dan tampil hebat sebagai seorang lelaki. Kita kena ada keyakinan dan gaya tersendiri untuk diri sendiri.
0 Pandangan: