Cuti-Cuti Malaysia,
Hogoh Pahang Tahun 2017 Jom Kita Ke Negeri Kelahiran Ku
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bangga Maha menjadi orang Pahang kerana negeri ini adalah terbesar di semenanjung Malaysia dan juga negeri yang banyak tempat menarik untuk dilawati dari hutan, laut, tanah tinggi dan macam-macam lagi.
Maha lahir di daerah Temerloh salah satu kawasan yang begitu popular dengan masakan Ikan Patin Masak Tempoyak. Kalau datang ke daerah ini tak cuba makanan Ikan Patin ni tak sah. Selain tu juga kat sini banyk yang menarik lain iaitu Sungai Pahang antara sungai terpanjang di semenanjung Malaysia.
Kat Temerloh ada lagi yang best seperti pusat pemulihan gajah atau lebih dikenali sebagai Kuala Gandah. Boleh main dengan gajah dan juga mandi manda bersama gajah kat sini. Kalau nak masuk gua kat sini ada Gua Senyum yang juga antara gua tertua di sini.
Kalau nak penginapan ala kampung kat sini pun banyak homestay yang bukan sahaja ada rumah-rumah tradisional tapi ada makanan tradisi dan budaya yang masih dikekalkan. Jadi apa lagi yang tak bestnya Pahang ni korang nak cari Durian Musang King pun yang terbaik kat Pahang bukan.
Majlis Pelancaran HoGoh Pahang 2017
Maha cite semua ini bukan sebab saja nak puji negeri kelahiran tapi itu hakikatnya bersamaan dengan tahun melawat Negeri Pahang 2017 nanti. Baru-baru ini Maha telah pergi majlis pelancaran Promosi Tahun Melawat Pahang 2017 yang diadakan di Seri Pacific Hotel.
Majlis perasmian yang dihadiri lebih dari 350 orang dan dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang,Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'inBillah. Turut hadir sama adalah Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob, Ketua Pengarah Tourism Malaysia, YH Dato’ Seri Mirza Mohammad Taiyab.
Selain perasmian tahun melawat Pahang juga pada hari tersebut turut memperdendangkan lagu promosi bagi Kempen Tahun Melawat Pahang 2017. Lagu yang dijayakan oleh FINAS ini akan digunakan untuk promosi serata negara.
So sempena dengan tahun 2017 ni pakat ramai-ramai kita datang melawat ke negeri Pahang kerana banyak aktiviti yang dirancang setiap daerah. Juga promosi hebat daripada pengusaha pelancongan dan hotel-hotel untuk memastikan pelancong yang datang dapat kepuasan tinggal di negeri Pahang.
Maha sebagai wakil kecil dan selaku orang Pahang sangat-sangat mengalukan kehadiran semua ke negeri Pahang tahun 2017. Maha akan cuba untuk tunjuk kat koran apa yang menariknya di negeri Pahang ni melalui penulisan kat blog ni. Selamat bercuti semua ke negeri Pahang.
Maklumat lanjut tentang aktiviti sepanjang tahun 2017 dan tempat menarik boleh layari :-
Facebook : facebook.com/tourismpahang
Instagram : @tourismpahang
Twitter : @tourismpahang
Telefon: 09-531 5904
Instagram : @tourismpahang
Twitter : @tourismpahang
Telefon: 09-531 5904
Huhu... Ada masa nanti, macam nak pergi jer kat pahang ni... Cuci2 mata dan cuci2 minda.. hehe..
BalasPadamKat Pahang ada byk tempat tenang untuk cuci minda datang lah ok...
Padam