100 Menu Popular Orang Malaysia,
100 Menu Popular Orang Malaysia Yang Ramai Tak Tahu Tapi Mereka Suka
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Boleh tak korang senaraikan antara 100 menu popular pilihan rakyat Malaysia tak kisahlah menu yang dimasak sendiri atau dijual dimana-mana. Mesti banyak menu yang bermain difikiran korang bukan sejak dari zaman kecil sampailah dewasa.
Tak payah susah-susah nak senaraikan semua menu sebab Maha nak bagi tahu korang kat mana boleh dapat semua menu-menu tersebut. Hanya dalam 1 buku sahaja segala yang menjadi memori makanan korang ada dalam buku ini. Buku 100 Menu Popular Orang Malaysia adalah cara paling mudah nak tahu semua menu ni.
Ok lah Maha cite sikit pasal buku ini ia telah diterbitkan oleh Karangkraf dan nama penulis buku ini akak Orket Abdullah. Terima kasih kak Nani atas buku yang cukup menarik ni kak Nani pula adalah editor luar dan foodstylist yang lama dah Maha kenal dalam Facebook.
Kak Nani dan kak Orket semasa promosi buku di konti SuriaFM |
Hari tu semasa makan buffet di Kuala Lumpur International Hotel berkesempatan bertemu kak Nani dan kak Orket buat pertama kali ni. Orangnya pendiam jer tapi banyak ilmu masakan dalam dirinya kerena akak ini ada busniess katering di Johor Baharu.
Tu serba sikit pasal penulis buku ni dan sekarang Maha nak share sikit pasal buku pulak. Dalam ni ada 7 segment utama yang membezakan antara menu nasi, menu lauk pauk dan sayuran, ala carte, meny kuih muih, menu manisan dan minuman, menu roti pilihan juga paling menjadi kegemaran ramai iaitu menu snek dan kudapan.
Semua menu-menu ini dikumpulkan daripada koleksi sendiri dan ada juga menu yang dapat dari warung, gerai, penjaja tepi jalan, bazar Ramadhan, pasar malam dan Food Truck yang menjadi pilihan orang Malaysia. Buku ni simple jer kalau korang nak cari menu-menu dalam ni semua disusun dengan terarut dan juga gambar-gambar yang menyelerakan.
Nagasari Cendol |
Dalam menu ni bukan sahaja ada gambar tapi juga ada resepi ringkas tapi lengkap untuk korang cuba. Sesuai sangat bagi orang baru nak belajar memasak juga orang bujang macam Maha ni kerana bahan-bahan memasak dan cara memasak yang mudah diikuti.
Masak Lemak Sepat Masin Nanas |
Korang boleh tengok sendiri beberapa menu yang Maha sempat cuba dalam buku ni. Menu pilihan Maha adalah Masak Lemak Sepat Masin Nanas dan juga Nagasari Cendol. Nanti Maha sharekan resepi dan cara yang Maha buat ikut buku ni. So korang dah boleh dapatkan buku ni dipasaran di semua kedai-kedai buku. Bila pula buku penulisan Mahamahu nak keluar pulak yer doakan lah hehehe.
tengok tajuk je macam teruja nak beli..
BalasPadamHehehe saya pun banyak menu masakan refer kat buku ni jer mudah...
Padam