Kesihatan,

Skuad 69 PDRM Dan Nessa Membantu Mereka Yang Ada Masalah Pendengaran Di Malaysia

Jumaat, Oktober 07, 2016 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hasil kajian 30% warga emas di Malaysia mengalami masalah pendengaran yang kebanyakan berpunca daripada suasana kerja dan juga faktor penuaan. 


Terutama kakitangan awam yang berkhidmat dalam sektor kawalan keselamatan. Paling tinggi terdedah kepad bahaya ini adalah pegawai lalu lintas dan juga tentera yang kerap terdedah kepada bunyi kuat dipersekitaran tempat kerja.


Disebabkan dengan faktor itulah Skuad 69 PDRM bersama dengan Nessa menganjurkan perhimpunan amal untuk membantu bekas kakitangan awam yang mengalami masalah ini. Program yang telah berlangsung pada 1 Oktober 2016 di Taman Koperasi Polis Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Abdul Rahaman bin Haji Abdul Karim, Exco Kesihatan, Sukan & Anti-Dadah Negeri Melaka.



Pada hati itu lebih daripada 3000 orang awam yang hadir untuk membuat ujian pendengaran bagi menguji tahap keseriusan masalah mereka. Bermula dengan pemeriksaan dalam telinga sekiranya ada masalah lain kemudian ditentukan tahap masalah tersebut melalui ujian pendengaran. 




Kemudian sekiranya mereka betul-betul layak akan dibekalkan dengan peralatan bantuan pendengaran Nessa ini secara percuma. Ini adalah khidmat masyarakat  bagi Skuad 69 PDRM untuk mengenang jasa pejuang-pejuang negara dan mereka yang banyak berkhidmat untuk negara. Jom kita tahu sedikit apa itu Nessa dan kenapa ia sangat membantu mereka yang kurang pendengaran ini.

Nessa penjagaan pendengaran inovatif di Asia


Apa itu Nessa dari tadi duk cerita pasal produk ini bukan.
Nessa adalah satu alat bantu pendengaran daripada Denmark. Ia direka bersama dengan teknologi Apple untuk kegunaan TV dan iPhone.
Maksudnya bukan sahaja dapat membantu pendengaran mereka yang ada masalah juga ada fungsi kawalan.



Fungsi kawalan ini adalah untuk mengimbangkan bunyi yang datang daripada alat seperti TV, telepon dan juga perbualan harian biasa. Apa yang Maha dengar penjelasan daripada pakar mereka alat ini dapat diselaraskan tahap pendengaran seseorang mengikut keadaan sekeliling pada waktu itu seperti dalam satu konsert atau juga dalam sebuah kedai makan.


Kalau kat luar alat ini diselaraskan mengikut tahap penggunaan harian seseorang. Bagi mereka yang nak dapatkan alatan ini tidak perlu buat rawatan di hospital kerana pihak Nessa menyediakan khidmat bantuan dari rumah ke rumah. Hubungi sahaja talian mereka atau layari laman web mereka dan khidmat terus akan datang kerumah anda walau di mana anda berada.



Produk ini sangat flexible daripada segi saiz dan juga penggunaan ditelinga. Hanya sebesar saiz duit syiling 10sen sahaja ia mampu membantu terutama golongan warga emas. Dibekalkan dengan peralatan pendengaran, bateri dan juga alat bantuan kotak putih yang dapat memberi bantuan kepada sebarang masalah produk ini hanya dari rumah sahaja.


So lepas ini sapa-sapa yang ada keluarga bermasalah pendengaran buatlah pemeriksaan kerana sekiranya dikesan pada peringkat awal ia sangat-sangat membantu. Masalah warga emas ini bila mereka ada masalah pendengaran ia menggangu emosi mereka sebab tu ramai warga emas ini terdedah kepada masalah kemurungan dan juga nyanyuk.


Rawat awal supaya dapat membantu masalah ini menjadi lebih ringan dan juga membaiki hubungan kekeluargaan anda. Kalau anda bekas kakitangan awam ia adalah percuma manakala bagi orang awam boleh dapat pada harga yang berpatutan. Bantu insan yang anda sayang sekarang.

Bantuan dan pertanyaan boleh hubungi :-
Tel :-  603 2788 4605
          603 5522 8600
Email :- malaysia@nessa.asia
Laman web :-Nessa.my





0 Pandangan: