Domino,

6 Bulan Masa Untuk Mencipta Pizza Empat Segi Yang Pertama Dari Domino's

Selasa, November 29, 2016 Mahamahu 8 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sebut jer nama Domino's semua orang tahu restoran perkhidmatan pantas di Malaysia yang menjadi pilihan utama bila masa sibuk. Maha sendiri pun kalau keje overtime sampai lewat malam akan order Domino's jer senang cepat dan kenyang.


Domino's selalu buat promosi dan produk baru yang mana sebelum ni Maha ada cite pasal Fabulous Four bukan. Tapi kali ni mereka tidak hanya sediakan pizza dalam bentuk bulat tapi kini ada pizza bentuk baru iaitu empat segi yang pertama di Malaysia. Nampak sedap menyelerakan dan juga ada kelainan daripada segi kulit pizza tu sendiri.


Ini kerana kali ni Domino's memperkenalkan kulit pizza yang dibuat daripada Puff Crust. Ini yang nak cite sikit pizza baru ini adalah kombinasi ratusan lapisan mentega yang dibalut dalam ratusan lapisan helaian pastri lapisan yang ringan dan kemudian dibakar sempurna sehingga rangup dan berwarna perang keemasan. Bagi memberi kelainan topping pizza kali ini Domino's juga memperkenalkan perisa baru iaitu Fiery Beef Diavola dan Sriracha Tuna.


Maha pun tak tahu apa maksud sebenar tapi yang Maha tahu adalah pizza Fiery Beef Diavola menggunakan sosej daging lembu Sepanyol yang halal, bawang, cendawan, paling menarik ada bayam kecil dan juga tomato ceri di atas dasar sos Sriracha yang pedas. Memang bagi Maha agak pedas kerana kepedasannya tidak terus datang ia terasa kemudian dihujung-hujung lidah. Dipedaskan lagi dengan taburan serbuk Sriracha di atasnya terbaik.


Pizza perisa kedua pula Sriracha Tuna yang menggunakan dasar sos Sriracha, dengan inti ketulan tuna, bawang, potongan buah Nanas, cili merah dan sedikit ketumbar. Yang ni juga bagi Maha sangat pedas sosnya dan tak sesuai kot untuk kanak-kanak. 


Tapi tak perlu risau untuk kanak-kanak dan mereka yang minat topping pizza sedia ada di Domino's korang juga boleh order menggunakan Puff Crust ini. Juga mereka datangkan dengan pencuci mulut yang baru iaitu Kek Lava Coklat Mentega Kacang. Selalu kat dalam Kek Lava ni ada coklat cairkan tapi kali ni coklat dan juga mentega kacang. Memang gabungan yang serasi dan terbaik lah meletop dalam mulut.



Harga untuk satu kek lava ini RM7.00 dengan setiap pembelian pizza beribadi atau RM13.50 untuk mana-mana dua kek lava coklat ini. Dengan Domino's 2 Pizza Deals korang leh pilih 2 pizza biasa pada harga RM30.00 dan 2 pizza besar pada harga RM50.00 juga 2 pizza extra besar pada harga RM70.00.  Tunggu apa lagi jom order online atau terus ke Domino's berhampiran korang sekarang. Selamat mencuba.







8 ulasan:

  1. Sedapnya tengok choc peanut lava cake tu... hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes coklat kek tu memang paling sedap...

      Padam
  2. fav makan domino ni. topping dia sedap sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus lah uncle nak belanja Maha ker hehehe

      Padam
  3. Balasan
    1. Terbaikkan memang best pizza baru ni sedap rangup sangat...

      Padam
  4. Kami memang penggemar Dominos pizza, sedap sangat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama lah saya peminat Dominos juga hehehe...

      Padam