Demam Campak,
Petua Semulajadi Nak Hilangkan Parut Kesan Demam Campak Terutama Dimuka
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Saja jer ni nak cari petua orang yang kena demam campak nak hilangkan kesan parut yang agak lama tu. Terutama pada bahagian muka yang paling jelas kelihatan kadang-kadang buat kita hilang keyakinan.
Tak ada kajian saintifik untuk petua-petua ini tapi kalau mengikut kandungan bahan yang ada dalam sesetengah bahan semulajadi ini mungkin boleh kita gunakan. Jom kita tengok apa yang orang ramai selalu gunakan untuk petua-petua menghilangkan parut akibat demam campak ini.
Aloe Vera
Tumbuhan yang orang kita panggil lidah buaya adalah satu tumbuhan yang kita tengok kat dalam pasu orang buat pokok hiasan. Ada juga orang gunakan untuk rawatan rambut dan juga kulit. Ambil bahagian dalam daunnya iaitu lendir dan sapu terus pada kulit yang bermasalah itu.
Daun Bambu
Daun ini selalu dijumpai dalam hutan atau semak samun sahaja kerana ia tidak dikomersialkan untuk perubatan. Cara nak gunakan daun ini adalah dengan tumbuk daun ini sehingga lumat dan campur dalam tepung digaul dengan air. Jadikan seperti bedak sejuk yang disapu pada bahagian muka untuk kurangkan parut demam campak tu.
Madu
Madu yang kaya dengan nutrien semulajadi adalah pelembab yang baik. Madu juga ada bahan peluntur yang dapat menipiskan parut. Ianya menggalakkan penghasilan kulit baru pada kawasan parut dengan menyediakan nutrien penting kepada kulit. Bancuh madu bersama air dan jadikan scrub kulit. Gosok perlahan biar kering selama 20 minit sebelum basuh.
Air Kelapa Muda
Paling mudah dan paling senang nak cari kerana ada banyak jula tepi jalan cuma harga mahallah sikit. Rawatan air kelapa ini bukan sahaja minum boleh sapu pada bekas parut demam campak dan boleh juga mandi dengan air kelapa yang dicampur dengan air mandian. Tapi sanggup ke mandi air kelapa yang agak mahal tu hehehe.
*Peringatan sila dapatkan nasihat doktor anda sebelum mengamalkan petua ini.
*Gambar dari pixabay.com
tips bagus ni maha.. nak bagi hilang parut memang ambik masa yang lama.. huhuhu..
BalasPadamlamakan saya ni pun berminggu-minggu dah ni..
PadamSetuju dengan petua tradisional memang membantu. Tapi, nak lagi berkesan, saya amalkan juga cara moden iaitu suplemen sebab suplemen merawat dari dalam, cara tradisional rawat dari luar. Hasilnya boom! best :)
BalasPadam