China,
Anda terlepas Jualan Mega Akhir Tahun Macao? Jangan bimbang! Tapak pameran Pelancongan Macao akan kembali ke pameran MATTA tahun hadapan, 17-19 Mac di Pusat Dagangan Dunia Putra, turut akan menampilkan peraduan dan permainan yang lebih menarik untuk anda menangi lebih banyak cenderamata.
Tempahan dan pertanyaan layari :-
5 Sebab Kenapa Macao Mesti Ada Dalam Kalender Pecutian Korang Mulai Sekarang
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha ni bukan lah kaki melancong sangat tapi bila ada masa dan peluang mesti akan pergi. Selalu yang dekat-dekat jer lah. Sekali pengalaman pergi China tahun 2013 masa tu memang seronok sangat sebab dapat pergi negara orang.
Tapi kali ni satu lagi lokasi di Negara China juga yang tak kurang hebatnya untuk kita kunjungi. Mungkin lepas ni kita boleh masukkan dalam kalender percutian setiap tahun. Mana lagi kalau bukan Macao satu bandar cahaya dan pernuh warna-warni bagi pandangan Maha lah. Selalu dengar nama Macao promosi untuk pergi sana tapi tak ada plan pun untuk ke sana.
Semua berubah setelah Maha berkesempatan untuk pergi ker program ‘Experience Macao & Year End Macao Mega Sale’ yang telah berlangsung baru-baru ini di Paradigm Mall. Masa tu memang gila-gila promosi yang murah dilakukan untuk sapa-sapa nak pergi melancong ke sana. Harga runtuh untuk hotel dan juga pakej-pakej perjalan 3H2M serta aktiviti yang bakal dianjurkan.
Promosi lebat yang dilakukan oleh Pejabat Pelancongan Kerajaan Macao ini untuk bulan Disember sehingga tahun depan. Bulan Disember ini dengar cerita penuh dengan pelbagai aktiviti kalau datang ke sana. Maha senaraikan antara beberapa aktiviti yang telah dirancang sepanjang bulan depan di Macao.
1) 2016 Macao Galaxy Entertainment International Marathon
Orang Malaysia ni memang suka aktiviti lari-lari macam ni ada yang suka kumpul madle dan ada yang meman nak uji ketahanan diri. Tapi tak kisah apa korang suka kat Macao juga ada program marathon ni yang akan diadakan pada 4 Disember 2016 ni. Ada 3 kategori untuk larian kali ini iaitu Marathon, Half Marathon dan Mini Marathon. Hadiah yang ditawarkan bukan calang-calang wang tunai ok jadi kalau bercuti sambil masuk aktiviti ini menang hadiah dah berbaloikan.
2) 2016 Parade Through Macao Latin City
Satu lagi aktiviti yang menarik bulan 12 ni kat Macao. Ia adalah satu kisah klasik purba Cina yang paling popular yang merekodkan geografi zaman purba, dewa-dewa, binatang-binatang dan mitos pelik. Masa tu kita nak tengok pelbagai karektor yang ada dalam sejarah Macao. Maha suka tengok program-program macam ni sebab ia warna-warni dan meriah.
3) Macao Light Festival
Ni lagi best yang antara Maha suka iaitu malam persembahan cahaya. Seluruh bandar Macao di penuhi dengan cahaya lampu. Waktu tu juga ada persembahan bunga api serta pencahayaan pada bangunan-bangunan bersejarah di Macao bermula dari 6-31 Disember 2016. Kalau kat Malaysia ni macam festival LAMPU anjuran Putrajaya.
4) 1st International Film Festival & Awards
Majlis anugerah berprestij yang dianjurkan untuk penggiat seni di Macao juga seluruh dunia. Filem Malaysia juga pernah tercalon dalam anugerah ini. Jadi semua peminat seni dan juga filem seluruh dunia masa korang sesuai untuk bercuti di sana. Majlis anugerah ini akan berlangsung pada 8-13 Disember 2016 ini jadi booking tiket korang sekarang juga.
5) Formula 3 Macao Grand Prix
Ni buat pecinta motor dan kereta masa korang nak pergi tengok perlumbaan laju yang menarik. Perlumbaan ini diadakan di tengah-tengah bandar Macao dan semua orang boleh tonton sambil santai-santai atau juga pada skrin besar yagn disediakan.
Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang ada tapi Maha tak dapat nak cerita semuanya kat sini nanti tak habis-habis. Korang boleh dapat info lebih di laman web dan juga facebook yang Maha senaraikan kat bawah ini. Lepas ni korang rasa nak datang Macao tak? Selain daripada tempat yang unik dan cantik juga ada pelbagai aktiviti yang menyeronokkan untuk pelancong-pelancong yang datang ke Macao.
So hujung tahun bersamaan dengan musim cuti sekolah ni boleh bawa semua family dan anak-anak pergi bercuti ker Macao. Mereka juga menganjurkan pertanding dengan pembelian mana-mana pakej pecutian ke Macao sehingga Disember ini.
Korang layak untuk sertai peraduan SMS LUCKY DRAW.
1) Booking Macao pakej sebelum 31st DEC 2016
2) SMS <LOVEMACAO><SPACE><What you love about Macao?>
3) Hantar ker 68886
Hadiah korang leh menang kad Touch n Go bernilai RM500.
Anda terlepas Jualan Mega Akhir Tahun Macao? Jangan bimbang! Tapak pameran Pelancongan Macao akan kembali ke pameran MATTA tahun hadapan, 17-19 Mac di Pusat Dagangan Dunia Putra, turut akan menampilkan peraduan dan permainan yang lebih menarik untuk anda menangi lebih banyak cenderamata.
Tempahan dan pertanyaan layari :-
Laman web : http://whatson.macaotourism.gov.mo
macao? sabah pun saya tak sampai lagi ni... hahaha
BalasPadamSabah bila2 leh pergi Macao ni hujung tahun promosi....
PadamNak g Macao Nak g Macao tapi sana ada makanan Halal ker?
BalasPadamKat sana ada restoran makanan Halal tak perlu bimbang..
Padampernah dengar je macao ni tapi taktau apa yang best kat sana
BalasPadamMacam2 best akak kat sana kena pergi baru tau hehehe
Padam