Jualan Online,
Nestle Perkenalkan Maggi OatMee Dan Nescafe Rasa Pandan Yang Pertama Buat Rakyat Malaysia
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ok kali ni Maha nak masak sesuatu daripada peti misteri yang diterima macam dalam dalam program MasterChef Malaysia pulak kan. Tapi rasa cabaran kali ni satu idea terbaru untuk memberi kelainan dalam masakan Dapur Mahamahu.
Buka punya buka rupanya dalam kotak misteri ini ada produk daripada Nestle. Korang tengok ada Maggi tapi bukan yang biasa kali ini Maggi OatMee terbaru daripada Nestle Malaysia. Maggi menghasilkan mee daripada oat bijian penuh dengan gandum ditambah perisa kari yang lazat dan beraroma.
Pertama di Malaysia mee daripada Oat
Maha buat pertama kali makan Maggi dengan OatMee ni, selalu kita susah nak makan oat begitu sahaja bukan. Tapi kali ni bila kita makan Maggi kita dapat kebaikan oat tu sendiri. Maha ada satu resepi istimewa nak masak maggi baru ini. Namanya Maggi OatMee Goreng Mamak. Cara penyediaan pun tak susah macam masak maggi goreng biasa jer.
Kali ni Maha tambah perisa untuk tumisan iaitu bawang, cili padi untuk kepedasan dan juga tambahan sayur-sayuran serta kesedapan telur goreng dalamnya. Korang boleh buat sendiri kat rumah tak lama cuma hanya 10 minit sahaja untuk buat resepi ni. Korang boleh tambah seafood atau daging dalam mee goreng ni untuk kesedapan yang lebih.
Kelainan minuman Nescafe bersama rasa pandan
Tapi tak sedap juga kalau makan je tak ada minum. Nestle juga telah mengeluarkan minuman baru yang istimewa iaitu Nescafe White Coffee Rasa Pandan. Dapat minum nescafe panas pastu ada rasa dan aroma pandan dalam setiap hirup. Korang akan rasa satu suasana tenang bila minum nescafe ni.
Nak sediakan minuman ni tak susah sebab dah siap dalam sachet yang hanya perlu sediakan seacawan air panas, pastu koyak sachet tu dan masukan dalam air panas kacau. Nanti akan keluar aroma pandan dan atasnya ada buih-buih putih yang melazatkan lagi minuman ini.
Pastu boleh minum sambil makan maggi goreng tadi layannnn. Boleh juga buat minum sarapan pagi sebab ramai orang suka nescafe panas pagi-pagi ni baru segar. Setiap rumah kena ada semua ni terutama orang bujang sebab ia sangat mudah untuk disediakan.
Nak dapatkan semua produk ni tak susah kalau korang cari kat pasaraya tak jumpa korang boleh beli belah secara online di Lazada.com.my. Sekarang Nestle menjadi salah satu jenama makanan yang ada dijual secara dalam talian di Lazada. Korang boleh pilih bukan setakat maggi dan nescafe yang Maha cite tu macam2 lagi produk keluaran Nestle ada di sini.
Tambahan pula masih ada lagi promosi 'Online Revolution' sehingga 12.12 ni dan produk Nestle pun tak ketinggalan untuk bagi yang istimewa. Kena shopping sekarang di Lazada untuk dapatkan semua barangan keperluan harian mahupun barang-barang elektrik. Maha adalah salah seorang mangsa yang terbeli di Lazada sempena dengan promosi ini boleh baca kat entry tiba tarikh 11.11. Selamat mencuba dan selamat membeli belah semua.
SA suka maggi kat atas tu semua..bestnya....nescafe perisa pandan tu x pernah rasa lagi
BalasPadamMaggi dia semua sedapkan akak. Yang nescafe tu pun sedap harum jer kena cuba akak..
Padammaggi oat tu sedap kan! iday suka :)
BalasPadamSedap Ida memang rasa macam maggi biasa jer tak perlu risau kan...
Padamnescafe rasa pandan....urmmm xpa la...I will stick with nescafe gold....haha
BalasPadamhttp://kuronofu91.blogspot.my/2016/12/book-review-travelog-7-benua.html#disqus_thread
Heheheh sama jer rasa nescafe cuma yang ni ada bau pandan jer...
Padam