#throwback,
#throwback 2016 Blog Makan Mahamahu.com
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Esok dah kita melangkah ker tahun baru 2017 dan pasti memori tahun 2016 banyak yang membuat kita lebih berkeyakinan. So nak imbau sikit kenangan 2016 yang indah dalam blog Mahamahu ni. Kalau sapa yang ingat lagi ok lah kalau sapa yang tak tahu mai kita kronologikan segala yang berlaku tahun ini.
Mac 2016
Paling sejarah dalam dunia blog ni memang Maha tak sangaka tapi ini adalah satu pencapaian yang membanggakan setakat ni dalam dunia blog. Menerima anugearah Best Foodie Blog MSMW 2016. Satu lagi pemangkin usaha Maha untuk lebih berjaya dalam dunia bloging ini dan menjadi yang terbaik antara terbaik.
Terima kasih paling tak berharga pada semua pembaca blog makan Mahamahu ini kerana sokongan semua blog ini masih lagi bertahan dan juga kerana pembaca ia terus berkongsi segala yang menarik dalam dunia seni makanan ini.
April 2016
Buat pertama kalinya Maha sebagai food blogger mendapat undangan menjadi juri jemputan untuk sebuah pertandingan memasak. Pertandingan Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 yang telah berlangsung di Shah Alam bergandingan bersama dengan chef profesional dan popular Chef Jo.
Masa tu rasa macam kita ni pun kerdil baru berlajar dalam dunia masakan tapi dijemput untuk menjuri bukan calang-calang peserta mereka adalah peniaga masakan. Jadi ia adalah pengalaman berharga dan boleh digunakan dimasa akan datang untuk memantapkan lagi skill memasak Maha.
June 2016
Bulan ni bersamaan dengan bulan Ramadhan sangat-sangat begitu menjadi memori dalam hidup Maha kerana satu pengalaman bersejarah tak akan dilupakan buat selamanya. Maha menjadi tetamu Allah untuk mengerjakan Umrah buat pertama kali dalam hidup ini. Paling best berpuasa dan juga berhari raya di tanah suci Makkah satu yang sangat-sangat tidak boleh dilupakan. Kalau nak tahu kisah Maha kat sana boleh baca di artikel Perjalanan Umrah Mahamahu Pertama.
Terima kasih kepada penganjur program Sepetang Bersama Blogger kerana pada hari tersebutlah Maha mendapat hadiah pakej umrah ini. Rasa bila lagi dapat menjejakkan kaki ke tanah suci ini lagi. Moga Allah berikan kesempatan kepada Maha dan semua pembaca untuk sampai ke sana juga.
Dalam bulan ini jugalah rakaman shooting pertama Maha untuk program masakan di TV3 ditayangkan. Program bertajuk Memasak Bersama Chef Mail dan Pensonic adalah pengalaman pertama memasak dalam kaca TV satu pengalaman yang sangat menyeronokan. Harap-harap ada algi tawaran shooting bersama chef profesional boleh tuntut ilmu lebih.
Rasa setakat itu lah kisah-kisah throwback yang sangat besar dalam dunia blogging seorang blogger bernama Mahamahu sepanjang tahun 2016. Korang mesti lagi hebat bukan dari Maha tapi ini hanya sekadar memori yang menjadi pengalaman untuk mematangkan diri. Moga tahun 2017 membawa lebih kebaikan kepada blog Mahamahu dan anda selaku pembacanya. Terima kasih semua yang sudi membaca blog makan ini.
0 Pandangan: