Air Kelapa,

Blanc Coco Air Kelapa Sparkling Yang Pertama Di Dunia Telah Sampai Ke Malaysia

Isnin, Januari 16, 2017 Mahamahu 4 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kini korang dan boleh nikmati air minuman kelapa sparkling 100% menggunakan air kelapa original daripada buah kelapa terbaik Thailand. Dapat minum air kelapa muda yang segar tu sangat lega inikan pula ada sparkling dalamnnya mesti menarik.


Baru-baru ini Maha hadiri majlis pelancaran dan memperkenalkan minuman Blanc Coco yang dihasilkan syarikat Thai Coconut Public Company dan diedarkan di Malaysia oleh Euro-Atlantic Sdn Bhd. Kalau kita tahu kat Thailand memang banyak buah kelapa yang terbaik tapi untuk minuman ini mereka menggunakan buah kelapa dari jenis Nam Hom.


Ms Chanya Thanasakdipat Ketua Pegawai Eksekutif Thai Coconut Public Company Ltd

Kelapa Nam Hom lebih dikenali sebagai 'Raja Kelapa' dan terkenal sebagai yang terbaik di dunia. Ini kerana ini mengandungi aroma wangi yang memberi keunikan kepada air kelapa sparkling Blanc Coco ini. Betul lah kata orang air kelapa ini adalah penawar dahaga yang sempurna dan paling lazat.


Produk minuman ini dibawa ke Malaysia kerana ramai orang kita suka minum air kelapa apatah lagi air kelapa sparkling yang unik ni. Maha dah rasa minuman ini memang masih ada rasa gas dan juga tetap kekal rasa dan aroma air kelapa asli tu.

Blanc Coco 100% Sparkling Coconut Water Natural Flavor

Blanc Coco 100% Sparkling Coconut Water Lemonade Flavor

Di Malaysia mereka telah memperkenalkan 4 perisa yang menjadikan ia penuh variasi dan rasa yang unik. Perisa yang ada di pasaran sekarang adalah Perisa Asli, Mangga dan Nanas, Limau dan juga Buah Delima. Setakat inilah di antara 4 perisa ini yang Maha paling suka adalah rasa asli terbaik sekali.

Blanc Coco 100% Sparkling Coconut Water Mango & Pineapple Flavor

Blanc Coco 100% Sparkling Coconut Water Pomegranate Flavor

Selain daripada minuman sparkling ini mereka juga turut memperkenalkan Minuman Susu Kelapa berperisa. Ada 6 perisa buah buahan bersama susu dan juga air kelapa dalamnya. Perisa-perisa tersebut adalah asli, Durian, Coklat, Kopi, Mangga dan juga Tembikai. Selalu kita minum yogurt sahajakan ada perisa tapi kali ini susu dan air kelapa pun ada perisa.


Mereka bukan sahaja keluarkan minuman tapi kini ada juga snak untuk memenuhi keperluan makanan rakyat Malaysia. Mereka ada keluarkan Snek Bar Kelapa Panggang dan juga Chip Kelapa. Yang ni dua-dua Maha dah rasa memang menarik sedap rangup dan boleh makan santai-santai sambil tonton tv atau main games hehehe.


Korang mesti tanya mana nak dapatkan semua produk ini bukan. Ia telah berada di pasaraya besar di Malaysia so boleh lah beli. Harga pula untuk Blanc Coco 100% Sparkling Coconut Water pada saiz 275ml dijual dengan harga RM7.50 sebotol. Mankala minuman Thai Coco Coconut Milk Beverage pada saiz 280ml pula dijual dengan harga RM4.00 sebotol. Jadi boleh lah beli untuk try cuba rasa sendiri baru tahukan.






4 ulasan:

  1. cantik bila dlm botol cmtu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampak cantik dan rasa sedap air kelapa tu hehehe..

      Padam
  2. zaza hantu giler air kelapaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah lah hantu pastu gila lak tu sian2.. hehehehe

      Padam