AirAsiaGo,

Ini Cara Pekerja Makan Gaji Lakukan Untuk Booking Hotel Murah Secara Online

Jumaat, Januari 06, 2017 Mahamahu 4 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Artikel ni untuk mereka yang bekerja makan gaji macam Maha ni tapi ada cita-cita nak bercuti luar negara dengan murah. Bukan percuma tapi ia dapat mengurangkan kos penginapan hotel terutama untuk percutian yang jauh.


Maklumlah sebagai orang yang bergaji setiap bulan ini kadang-kadang komitmen lain lebih banyak sehinggakan nak menyimpan banyak dalam masa singkat agar sukar. Nak dapatkan percutian percuma kena masuk contest. Jadi kena bijaklah bila masa nak membooking hotel atau nak mencari lokasi menarik.

Pengalaman Maha sendiri lah sebelum ini kadang-kadang dah booking flight setahun lebih awal tapi bila tiba masanya ada sahaja urusan lain yang terpaksa menggukan bajet hotel tersebut. Jadi pada masa yang nak berjalan tu dan tak ada duit so ada pernah terpaksa cancel percutian tu. Sedih juga sebab semua sekarang gunakan banyak duit.


Tiada perkara percuma tapi ada perkara yang murah dan menjimatkan. Betul kata orang bercuti dalam negara pilihan terbaik tapi kadang-kadang nak juga rasa suasana negara orang. Bak kata pepatah jauh perjalanan luas pemandangan jadi tak salah sekali sekala nak bercuti luar negara.

Caranya mudah sahaja dengan membeli melalui laman web Paylesser. Laman web ini menyediakan kupon, diskaun dan skim pembelian bukan sahaja hotel tapi macam-macam lagi.  Di antara jenama popular yang bekerjasama denga mereka dalah Asus, Apple, Samsung, Ray-Ban, Tesco, LG, Sony, Nikon, Rahsia Victoria, Calvin Klein, Charles & Keith  dan juga banyak lagi.


Cuma kali ni Maha focus untuk mereka nak booking hotel secara online sebab ada kawan bertanya macam mana Maha dapat bercuti jauh-jauh dengan murah. Mesti korang nak tahu bukan jadi kat sini ada 2 cara yang mudah dan dapat membantu merialisaskikan impian korang itu.

Kat sini ada dua link yang korang boleh gunakan untuk booking hotel secara dalam talian satu link untuk Hotels.com kod diskaun klik jer sini. Kalau korang selalu beli gunakan online ni baik korang booking hotel kat Paylesser ini kerana mereka menyediakan kupon diskaun. Jadi harga yang korang dapat boleh dikurangkan daripada harga biasa yang korang tengok kat laman web asal.


Bagaimana korang nak dapatkan diskaun ini hanya pergi sahaja ke link yang Maha berikan tu dan klik nanti akan keluar laman yang memaparkan beberapa kod diskaun. Jadi korang hanya copy kod tersebut dan buat pembelian dalam laman web asal. Semasa proses pembayaran nanti jangan lupa untuk masukan semula kod diskaun yang telah di copy tadi. Jadi kat situ meraka akan berikan harga yang telah dikurangkan dan jimat disitu.

Kemudian yang kedua adalah AirAsiaGo Malaysia. Yang ni memang agak popular bagi penggunakan yang nak mendapatkan hotel murah. Dengan memalui link Paylesser ini korang akan dapat lagi diskaun kalau beli disini. Jadi gunakan sahaja link yang Maha bagi ni sebab memang terbukti dapat harga hotel lebih baik.


Yang ni pun sama juga bila korang masuk ke laman yang Maha berikan tu aka nada kod diskaun seperti yang Maha tunjukan ikat atas ni. Kemudian korang pergi ke laman asal AirAsiaGo Malaysia dan buat pembelian di situ. Last semasa pembayaran nanti jangan lupa masukan kod diskaun yang korang dapat dari lam Paylesser tadi ok.

Bukan nak paksa tapi pilihan ditangan korang, kalau ikutkan kos pengangkutan dan juga berapa ramai lagi ahli keluarga yang nak pergi bercuti banyak bilik nak kena booking. Dengan guna web Paylesser ini sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan kos hotel dan lebihan tu boleh guna pada perkara lain mungkin boleh letak kat bajet makanan. Jadi ia akan menjadikan percutian anda bersama keluarga lebih seronok dan lebih bermakna lagi.


Ini Cuma cadangan sahaja ia terpulang kepada adan sebab Maha rasa guna Paylesser ni memang mudah dan senang mereka pun rekmenkan lokasi yang dekat dan hotel yang selesa. Selalu korang beli terus kat laman web mereka apa kata gunakan Paylesser ini kerana ia ada lagi diskaun kepada setiap hotel yang di booking. Paylesser menawarkan koleksi menakjubkan baucar yang anda boleh tebus dan dapat diskaun tambahan apabila membeli-belah di laman web yang berbeza.

Kalau lepas ni ada kawan-kawan atau sedara mara yang juga plan nak bercuti ke mana-mana sahaja rekmen pada mereka untuk membeli melalui Paylesser ini. Kalau kita berkonsi perkara yang baik pasti akan baik datangnya. Maha cuma mahu berkongsi semoga perkongsian ini dapat manfaat pada semua yang membaca blog ini.







4 ulasan:

  1. wahh bagus laa at least boleh jimat sikit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh jimat banyak kalau selalu guna hehehe try lah nanti akak.

      Padam
  2. wahh bagus ni... LeYa dan Otomen memang bercadang nak bercuti ke luar negara..tapi kekurangan bajet..boleh try ni.. tq maha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2 saya share mana yang boleh semua orang dapat... Nanti akak share pada kawan2 lain lak ok..

      Padam