Armada Hotel,
Limpahan Emas Tahun Ayam Jantan Di Buffet Tahun Baru China Armada Hotel Petaling Jaya
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Wow tahun 2017 ni banyak cuti yang panjang. So kita dah boleh plan untuk any aktiviti awal tahun ini sebelum terlambat. Seperti cuti sempena dengan Tahun Baru China kali ini agak lama dan banyak boleh buat. Salah satunya kita makan besarlah banyak ONG tau hehehehe.
CNY tak sah kalau tak ada makanan yang banyak dan meriah terumata hidangan wajib iaitu Yee Sang. Kat Armada Hotel ini mereka sediakan bukan satu tapi ada dua pilihan Yee Sang yang menarik dan terbaru. Satu Prosperity Yee Sang With Salmon, Coral Clams and Ayam Percik With Special Ayam Percik Sauce. Ini baru kerana mengandungi daging ayam yang dipanggang bersama sos percik.
Kedua pula adalah Prosperity Yee Sang With Salmon and Soft Shell Crab In Roasted Sesame Sauce. Ini pun best banyak bahan dalam satu hidangan ni puas gaulkan Yee Sang ni. Kena dengan kalender cina tahun ini iaitu tahun Ayam Api yang memberi semangat dan kekuatan kepada pengamalnya.
Turut meriahkan buffet tahun baru kali ini di hotel ini adalah hidangan tradisional dan modern masyarakat cina seperti Herb Chicken Consomme With Scallops Flakes, Fried Rice With Smoked Chicken Ham, Deep-Fried Fish With Cheong Cheng Sauce, Steamed Chicken With Keong Chung, Stir-fried Four Angle Beans With Belacan and paling sedap Baked Tiger Prawns With Eggs Yolk Au Gratin.
Banyak lagi hidangan yang ada tapi yang ni Maha sempat cuba hari tu kat hotel ni. Jangan risau hotel ini dapat sijil Halal dari Jakim untuk kafe mereka. Jadi semua orang boleh makan hidangan tahun baru kali ini. Kalau hari raya ni mesti orang akan cari biskut atau kuih muih right. Kat sini pun mereka ada juga sediakan kuih Kapit. kuih Tart dan banyak lagi.
Dessert istimewa kat sini adalah Double Boiled Sea Coconut With White Fungus. Selalunya kita minum air kelapa laut ini sejuk tapi kat sini mereka sediakan dalam keadaan suam. Jadi datang lah sini bersama keluarga atau kawan-kawan semasa cuti tahun baru ini kerana ia bagaikan syurga makanan.
Harga pun tak adalah mahal untuk buffet ini iaitu RM88+ untuk dewasa, RM65+ untuk warga emas dan RM44+ untuk kanak-kanak. Buffet ini bermula dari 3 Januari 2017 hingga 11 Februari 2017.
Pakej-pakej lain juga ada seperti untuk private party dan juga meja khas boleh tempah. Bagi tetamu yang ingin menikmati menu set eksklusif, Chef Chew dan pasukannya telah sedia empat Set Menu Kemakmuran (setiap meja 10 pax dengan minimum 2 meja untuk private dinning) sesuai untuk makan peribadi dengan keluarga, rakan-rakan atau perniagaan.
Pakej-pakej lain juga ada seperti untuk private party dan juga meja khas boleh tempah. Bagi tetamu yang ingin menikmati menu set eksklusif, Chef Chew dan pasukannya telah sedia empat Set Menu Kemakmuran (setiap meja 10 pax dengan minimum 2 meja untuk private dinning) sesuai untuk makan peribadi dengan keluarga, rakan-rakan atau perniagaan.
- Blissful Longevity Set Menu priced at RM 988+
- Everlasting Success Set Menu priced at RM 1188+
- Bountiful Treasures Set Menu priced at RM 1298+
- Golden Health & Prosperity Set Menu priced at RM 1308+
Tempahan dan pertanyaan hubungi :-
Tel : 03 7954 6888 ext 4557
Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 3.5/5
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 3.5/5
0 Pandangan: