Ayam Panggang,
Nando's Meraikan Tahun Baru Dengan Perisa Mangga Dan Limau Nipis Baharu
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Nando's adalah peneraju makanan ayam panggang yang special dengan PERi-PERi yang unik daripada Afrika Selatan. Selalunya kita nikmati beberap jenis PERi- PERi seperti Lemon & Herb, Mild, Hot dan Extra Hot.
Sebelum ni juga Nando's selalu tampil dengan kelainan seperti mana 6 menu special yang terdahulu. Itu belum cukup puas lagi pencinta ayam panggang dengan rasa PERi-PERi mesti kena sentiasa ada yang baru.
Bagi memberi kelaianan dan juga pelbagaikan rasa ayam PERi-PERi kali ini Nando's tampil dengan satu lagi gabungan mantap dan menyengat iaitu rasa Mango and Lime. Memang betul gabungan ini menjadi dan memberi rasa yang cukup unik sampai kita nak makan berulang kali.
Hindangan kali ini juga datang dengan pasangan minuman yang special dihasilkan iaitu Tropical Fruitea. Minuman ini gabungan antara jus oren dan teh lemon pasti memukau. Jadi kali ni korang boleh lah cuba sebab semua rasa baru ini telah ada di semua cawangan Nando's seluruh Malaysia.
Sejak diperkenalkan rasa PERi-PERi Mango & Lime telah terbukti menjadi popular dipelbagai negara di seluruh dunia termasuk United Kingdom dan Australia. Malaysia juga tidak ketinggal kerana kita memang suka akan rasa buah-buahan ni bukan tambah Maha memang suka mangga.
Lepas ni boleh bawa family dan juga rakan-rakan untuk makan di mana-mana cawangan Nando's berhampiran korang. Nantikan nanti mungkin ada ada yang baru daripada Nando's untuk tahu perkembangan boleh follow Facebook Nando's Malaysia.
Ya ampun.. nampak sedap sangat.. tak sabar nak rasa :)
BalasPadamMemang sedap tunggu apa lagi pergi sekarang mana2 cangan Nando's
Padamsedapnya.. suka sos nandos ni..
BalasPadamSama kita pun suka Nando's akak hehehe
Padambulan depan pi KL boleh tak nak gi makankat nandos..lanjeeee
BalasPadamBoleh semua boleh makan tapi zaza belanja wakakaka..
Padam