Adabi,

17 Tahun Dikelirukan Dengan Produk Sos Tiram Ini

Selasa, Mac 14, 2017 Mahamahu 9 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Rupanya selama ini Maha penggunakan produk sos tiram ini ingat ia keluaran syarikat tersebut tapi adalah sebaliknya. Baru sekarang mereka tampil dengan kenyataan media di laman facebook setelah menjadi tular oleh pengguna yang keliru.


Maha sebelum ni menggunakan produk Sos Tiram Adabi kerana ada logo syarikat tersebut tapi setelah keluar produk baru Adabi Seafood Sauce mula jadi confuse. Baru-baru ini ada pengguna yang bertanya soalan kepada pihak Adabi tentang kebenaran dua produk ini. Pihak Adabi telah memberi keterangan yang berbunyi sebegini. 

"Ya betul pihak Adabi tidak pernah keluarkan sos tiram. Adabi hanya mengeluarkan produk Seafood Sauce. Untuk pengetahuan tuan pihak kami telah mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat pengeluar tersebut." 

Rupanya produk sos tiram adabi yang ada logo Adabi adalah produk yang dikeluarkan oleh syarikat lain. Kalau korang tengok betul-betul pada botol tu terpapar alamat dan nama syarikat lain sebagai pengeluar. Pihak Adabi hanya mengeluarkan Seafood Sauce sahaja sekarang. 

Dalam laman Facebook rasmi Adabi sendiri telah mengeluarkan kenyataan berbunyi
"Adabi Consumer Industries Sdn Bhd dengan ini mengesahkan bahawa 'Sos Adabi Seafood' adalah satu-satunya sos Bumiputera yang dihasilkan, yang dibuat di Malaysia, berasaskan makanan laut masakan halal sos penyediaan yang dihasilkan dan dihasilkan oleh Adabi Consumer Industries Sdn Bhd.".

Menurut penulisan dalam salah sebuah akhbar tempatan menyatakan isu tentang tuntutan kes ini telah belanjutan sejak tahun 2000 lagi sehingga sekarang. Apa pun kes ini masih dalam proses dan yang penting sekarang kita tahu kebenara kalau tidak lama kita asyik keliru oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Terpulang kepada kita nak guna yang mana atau kalau masih was-was tak payah guna beli jenama lain jer. Harap ini lah kes terakhir dan tiada lagi isu seperti ini berlaku.






9 ulasan:

  1. selama ni memang guna sos tiram adabi tu :-s

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak guna boleh jer terpulang cuma sini nak jelaskan kepada pengguna luar sana tentang status sos ini jer...

      Padam
  2. saya pun, selama ni duk belikan sos tiram adabi tu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sendiri menggunakan produk ini tapi dah tahu ni mungkin cuba yang lain lah sebab company lain ni...

      Padam
  3. Betul tu..begitu lama kes ni. Masih tak settle lagi ke. Orang ramai keliru. Sos tiram adabi keluaran sykt cina ini masih berleluasa di pasaraya

    BalasPadam
  4. saye pun, selama ni duk belikan sos tiram adabi tu.

    BalasPadam
  5. Yg botol hijau da tukar ke jenama NONA skrg...
    http://www.nona.com.my/en/product/nona-oyster-sauce-255g/

    BalasPadam
  6. Geram betul, selama ni kita kena tipu hidup2.Thanks for info

    BalasPadam
  7. Ibarat macam spiderman lah walaupun ianya marvel dia milik sony bukan milik MCU. Marvel sony dan marvel mcu berada di syarikat yang berbeza walaupun satu jenama

    BalasPadam