Aloft Kuala Lumpur Sentral,

Bufet Masakan Ghana Yang Julung Kali Di Malaysia Hanya Di NOOK Aloft Hotel

Rabu, Mac 08, 2017 Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang pernah tak cuba makanan dari negara rantau Afrika Barat. Tak pernah terfikir bukan untuk rasa macam mana masakan mereka. Tapi tak lama lagi korang boleh cuba semua hidangan daripada negara Ghana. Salah satu negara yang banyak tempat sejarah dan budaya mereka tersendiri.


Kalau nak tahu lebih korang kena Google lah pasal negara dan budaya Ghana. Tapi kali ini Maha nak cite pasal makanan yang menjadi kebanggaan negara tersebut. Tapi sebenarnya tak berapa jauh beza makanan mereka dengan negara kita masih ada banyak rempah ratus dan juga kepedasan dalam hidangan mereka.



Kali ni korang boleh dapatkan makanan Ghana ni bermula April nanti di NOOK Cafe hotel Aloft KL Sentral. Disediakan oleh Chef Eksekutif Phoebe Donko-Hanson yang berasal dari negara tersebut. Jadi korang memang boleh rasa sendiri originaliti hidangan Ghana.



Orang Ghana mereka popular dengan makanan berasas daging dan seafood. Yang best kat adalah Plaintain iaitu ayam yang dimasak dengan peanut butter rasa macam kuah kacang tapi lain sikit. Kemudian ada Beef Shin ini menggunakan gear box yang dimasak dengan rempah ratus lembut daging ni sebab direbus dalam.





Mereka juga makan nasi tau tapi nasi mereka unik kerana ada isi kekacang dalamnya macam Jollof Rice. Ada juga nasi macam Nasi Tomato sebab mereka suka nasi yang beperasa. Seafood pun ada macam Spicy Grilled Snapper iaitu ikan kukus dan juga Spicy Shrimp Curry iaitu udang macam masak kari tapi tak berapa pedas sangat.






Yang lain makanan pilihan chef untuk hidangan bufet kat sini iaitu Tomato Egg Curry, Ginger Roasted Chicken, Palmnut Soup, Sautee dan banyak lagi. Tapi mereka tak ada makanan pencuci mulut sangat cuma ada yang boleh makan sebagai starter iaitu Boiled Cocoyam dan Gari Fotor. Yang cocoyam tu adalah ubi keladi rebus dan fotor tu ada ubi kayu goreng.



Macam Maha bagi tahu tadi mereka juga ada beberapa sambal yang boleh tahan pedas. Special menggunakan cili dari negara mereka seperti Green Pepper Sauce, Red Papper Sauce dan Seasoned Fried Chili Oil. Mereka juga ada snacks iaitu Fried Peanuts, Taro Chips dan Yam Chips.






Jadi kalau korang rasa teruja nak cuba makanan Ghana ni tunggu bulan April ini baru start bufet ini. Maha sendiri pun rasa kenyang cuba semua makanan ni. Selain daripada bufet Ghana ni mereka juga ada sediakan beberap bufet makanan tempatan lain jadi masih boleh makan banyak. Harga untuk bufet ini adalah RM120 nett yang bermula pada 1-30 April 2017 dari pukul 6.30petang hingga 10.30malam. Selamat mencuba semua ok.

Tempahan dan pertanyaan hubungi
Tel : 03 2723 1188






2 ulasan:

  1. Bunyi macam sedap je... huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baru bunyi dah sedap rasa apatah lagi hehehe...

      Padam