Dashing,
Kenapa Lelaki Perlu Mengayakan Rambut Apabila Keluar Kadang-Kadang Lebih Dari Perempuan
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sebagai seorang lelaki kadang-kadang confuse juga nak menggayakan rambut nampak lebih hebat dan berketrampilan. Korang rasa Maha sesuai buat gaya macam mana rambut skema, rambut pacak, atau rambut kelihatan 'edgy'.
Nak gayakan rambut kena ada produk penggayaan rambut terbaik yang memudahkan kita membuat style rambut dan memastikan gaya tersebut kekal sepanjang hari. Sekarang Maha dah jumpa jenama penggayaan rambut yang sesuai dengan rambut Maha yang lembut dan jarang ini.
Hari-hari kalau korang tengok gaya rambut Maha tu menggunakan produk ELITE On The Go Hair Wax! Rangkaian ELITE Hair Wax dengan formulasi mudah bilas dan mudah digayakan ini hanya memerlukan penggunaan minimum bagi menghasilkan kesan maksimum pada rambut. Maksudnya hanya secalit sahaja sudah cukup menbentuk rambut seperti mana yang kita hendaki.
Tambah sekarang kat mana-mana lelaki mesti nak betulkan rambut walaupun sikit. Jadi dengan pek mudah guna ELITE On The Go baharu ini, kat mana-mana korang boleh tampil bergaya walaupun baru lepas menunggang motorsikal. Sangat flexible dan saiz yang sesuai untuk dibawa kemana-mana hanya seberat 30gram sahaja boleh masuk poket.
Tu yang Maha suka jenama ini lagi syok meraka ada keluarkan 5 variasi untuk memudahkan lelaki menggayakan rambut. Dalam bekas warna yang menarik pasti ia melambangkan idetiti lelaki yang menggayakannya.
1) Spiky Web mencipta gaya lawan graviti yang sentiasa terpacak! Awas: Jejaka yang inginkan sesuatu yang lebih buat dirinya akan menjumpai segalanya dalam bekas merah jambu neon ini.
2) Wavy Loose menjadikan segalanya santai dan mudah untuk jejaka yang tampil bersahaja. Hanya bekas biru ini yang anda perlukan untuk tampil menawan tanpa tekanan!
3) Shiny Wet melangkau lebih berbatu dari yang biasa. Calit pada
bekas hijau ini dan gayakan rambut agar kelihatan lebih bersinar,
bertekstur dengan hasil yang menakjubkan.
4) Airy Wild hadir dalam wana jingga terang memberikan rasa ringan, bebas dengan jumlah yang mencukupi untuk melepaskan sisi liar anda!
5) Rugged Matte untuk si jejaka yang berbahaya. Bekas kelabu gelap ini mampu menyembunyikan rahsia anda. Tampil lebih serius dengan kurang kilat membuatkan anda kelihatan benar-benar bahaya.
Jadi mana satu pilihan hati korang dan gaya rambut yang korang mahukan. Semua produk ini boleh didapati di cawangan runcit utama, pasar raya besar dan farmasi terkemuka. Terdapat 2 saiz untuk semua variasi ini iaitu 68gram dengan harga RM17.10 dan juga saiz On The Go harga RM5.90 sahaja mampu milik. Boleh tukar sekarang dan gaya rambut lebih yakin dengan produk ELITE.
Macam Qebal ni lah.. kalau tak tgk dia pakai wax ni mau sekapal wax kat rambut hahahah..
BalasPadamWakakakak sekapal tu dah macam uban hehehehe...
Padam