Buah-Buahan,

Silalah Makan Buah Langsat Percuma Di Kebun Saya

Khamis, Mac 16, 2017 Mahamahu 8 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bagi peminat buah-buahan tempatan ia 'Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal' itulah perumpamaan untuk mengambarkan pelawaan pemilik kebun buah Langsat di Kuala Pilah ini.

Gambar Harian Metro

En Khamaruzaman Yusof seorang OKU yang bermurah hati memberi peluang kepada pecinta buah untuk datang ke kebunnya dan menghabiskan 3,000kg buah tersebut menjelang cuti sekolah nanti. Siapa yang tak nak Maha nak datang tapi agak jauh hehehe.

Ada beberapa syarat yang diletakkan oleh pemilik kebun ini kepada sesiapa yang nak datang makan buah percuma ini.

1) Makan sampai puas tapi tidak boleh bawa balik hanya makan di kebun sahaja.
2) Buah Langsat ini tidak boleh dijual hanya untuk dimakan.
3) Dilarang mengambil sarang madu Kelulut dan juga buah Durian yang ada dalam kebun tersebut.

Jadi sapa yang berada berdekatan dan teringin nak makan buah kat kebun boleh datang bermula 20 Mac kerana pada waktu itu buah sudah masak dan sehingga buah habis. Menurut pemiliknya kebun ini seluas 2.4 hektar mempunyai 53 batang pokok Langsat dan turut ditanam pokok Dokong, pokok Petai, Durian Belanda dan beberapa batang pokok Durian. 

Kisah ini mula menjadi tular dalam laman sosial setelah tuannya memuat naik dan mendapat perhatian netizen. Korang boleh datang ke Kampung Bukit, Senaling Kuala Pilah dan tidak perlu minta izin datang sahaja dan makan tapi kena panjat sendiri untuk ambil buah Langsat ini ok. Terima kasih kepada tuan kebun yang budiman ini moga Allah murahkan lagi rezeki tuan. Nak pergi makan buah sapa nak bawa ker sana please. 





8 ulasan:

  1. mahu panjat sendiri ke..

    kalau betul best juga makan free ini..

    paling best orang yang bagi makan free tu...la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena panjat sendiri bro. Best dapat makan sampai puas..

      Padam
  2. seronoknya kalau dpt pegi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pergi jer sebab dia boleh makan selagi buah masih ada...

      Padam
  3. My favourite buah langsat... nanti kalau ada rezeki inshaAllah kita pergi... mohoh share ye abg maha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita pun suka buah ni nak pergi jauh sangat. Share lah pada kawan2 yang lain ok..

      Padam
  4. bestnya... klu dekat dah lama bleh pergi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama lah kita memang nak pergi tapi jauh lak..

      Padam