Applikasi Telephone,
Syurga Makanan Kampong Baharu Kini Dalam Applikasi Mobile
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kuala Lumpur ni mana tempat special korang untuk cari makan tak kiralah waktu malam ker atau hari cuti. Mesti ramai senaraikan Kg Baharu kerana kat situ begitu nostalgik dengan pelbagai pilihan makanan yang menarik dan sedap bukan.
Kg Baharu yang padat dan begitu banyak tempat makan bagaimana kita nak tahu restoran atau tempat makan tu sedap atau ramai peminat. Kini Perbadanan Kampong Baharu memperkenalkan satu mobile applikasi yang lebih dikenali sebagai Kampong Baharu Food Heaven. Applikasi ini boleh dimuat turun secara percuma dalam telephone pintar korang.
Maha tahu jer pasal apps ini terus muat turun sebab nak tahu apa menariknya apps ini. Apps ini baru tahu lepas diperkenalkan kepada umum untuk memudahkan kita ketahui tempat makan best dan pilihan ramai. Sebab konsep utama apps ini yang Maha nampak ia lebih kepada pengenalan tempat makan mengikut kategori sarapan pagi, makan tengahari dan juga makan malam.
Ada senarai restoran tak ikut turutan lah tapi bila kita klick kepada butiran lanjut kita boleh ketahui lebih tentang restoran tu. Ada senarai gambar menu yang mereka sedaiakan kat restoran tu. Juga ada beberapa perkara yang korang boleh buat bila baca tentang satu-satu restoran tu seperti buat panggilan, cari lokasi restoran, layari website dan facebook restoran tersebut, membuat rating dan review tentang restoran tesebut juga mencari parking.
Bagulah kat sini sebab korang boleh rate restoran yang korang pergi makan kat Kg Baharu tu dan di situ nanti pengguna lain juga tahu dan boleh baca review korang tentang restoran tersebut. Rating dan review ini sebenarnya sangat membantu satu-satu restoran untuk naik dan tahu tahap service mereka. Jadi gunakan sebaiknya sistem yang ada dalam apps ini.
Juga korang boleh cadangkan restoran-restoran baru yang menarik ada di Kg Baharu yang masih belum ada dalam apps ini. So lepas ini memudahkan juga orang baru untuk cari makan kat Kg Baharu bila adanya apps ini. Cuma ada beberapa perkara yang boleh ditambah baik terhadap apps ini.
Pertama masa Maha layari apps ini ia agak tersangkut-sangkut ketika mahu skroll ke atas atau ke bawah. Agak perlahan dan juga kadang-kadang mengganggu kita untuk mencari sesuatu restoran tu. Juga mungkin mereka boleh buat system ranking dimana restoran yang mendapat review dan bintang banyak akan berada diatas dan menjadi top pilihan user. Jadi ia akan membuatkan banyak restoran bersaing secara sihat memberi service terbaik kepada pengguna.
Itu jer lah setakat ni dan masih ada ruang penambah baikan di masa akan datang. Dengar cerita perancangan Kampung Baharu menjadi smart city menjelang tahun 2020 nanti akan menjadi realiti. Setakat ini nampak ada banyak perubahan yang positif di Kampong Baharu tu. Harap kita masih boleh lihat lagi di masa akan datang kampung tradisional Melayu di tengah-tengah kota raya.
dah lama sangat x tak makan kat area kampung baru... mesti byak sgt perunahan kan..
BalasPadam