Aloft Kuala Lumpur Sentral,

Koleksi Tradisional Tema Bufet Ramadan Di Nook's Aloft Hotel Kuala Lumpur Sentral

Jumaat, April 21, 2017 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Aloft Hotel Kuala Lumpur Sentral kali ini tampil dengan bufet Ramadan yang lebih tersusun dan menarik. Kalau siapa biasa makan bufet akan nampak hidangan banyak dengan susunan yang jauh tapi kat sini nampak lebih setempat dan kemas.


Melalui restoran Nook's yang terletak di tingkat 2 hotel ni mereka yang nak cari bufet paling banyak public transport sini adalah tempatnya. Berhadapan dengan Kuala Lumpur Sentral tempat tumpuan KTM, LRT, Monoril, bas dan teksi. Jadi guna jer public transport tak perlu bawa kenderaan sendiri susuh nak park ok sini. Sini juga sediakan kemudahan seperti ruang solat yang selesa.


Bagi hidangan makanan untuk bufet Ramadan mengumpulkan koleksi makanan tradisional yang juga banyak. Restoran ini mendapat sijil Halal jadi kesemua makanan yang lebih daripada 150 jenis hidangan ini mesti kena cuba. Barisan Chef juga adalah mereka yang profesional dan lama dalam bidang kulinari ini.



Paling menarik untuk menu dalam bufet Ramadan kali ini adalah Slow Braised Beef Shin Rendang. Menurut kata chef kat sini mereka menyediakan rendang special ini dengan resepi sendiri ini selama 7 jam bersama rempah ratus tempatan. Tengok pada saiz daging yang digunakan ini pun besar tapi tak liat dan isinya sangat lembut hancur dimulut. 





Bagi melengkapi bufet Ramadan kali ini terdapat banyak menu menarik seperti Nasi Kambing Sumbat, Nasi Ayam, Nasi Lemak, Bubur Lambuk Ayam Percik, Ayam Masak Merah, Gulai Kambing, Gulai Itik, Ketam Kari dan Kari Kepada Ikan. Minuman khas dengan kegemaran orang tempatan seperti Air Bandung, Calamansi, Teh Tarik, Nescafe Tarik, Jus Tebu, Susu Kacang Soya dan banyak lagi.






Satu yang Maha paling suka kat sini adalah Laksa Sarawak korang jangan lupa cuba kerana ia adalah menu tetap di hotel ni. Juga satu dessert yang paling unik kat sini adalah Puding Kurma. Memang ada korang kena cuba sebab sangat sedap dan sangat menarik.  




Pencuci mulut juga banyak seperti Cucur Udang, Cucuk Cempedak, Keropok Udang, Keropok Ikan, Dodol, Kuih Bahulu, ABC dengan Pulut Durian dan pelbagai jenis Melayu Kuih. Bufet ini boleh dinikmati bermula dari 29 Mei hingga 25 Jun 2017 dari pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam.






Bagi semua hidangan bufet ini boleh dapat dengan harga RM135 nett bagi dewasa. Tapi bagi yang tempah Early Bird boleh dapat harga serendah RM100 nett seorang dan juga RM90 nett bagi pembelian pukal 36 baucer dan keatas bermula dari 15 April hingga 28 May 2017 sahaja.




So tak rugi juga kalau datang buffet Ramadan kat hotel ini ia banyak pilihan dan rasa setiap makanan itu ada pada kesedapannya. Tak seperti sesetengah hotel makanan banyak tapi semua tak ada rasa yang kita mahukan itu sangat merugikan. So selamat mencuba semua.

Tempahan dan pertanyaan hubungi : 
Tel : +603 2723 118

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5





0 Pandangan: