Buffet Ramadhan,

Magical Ramadan Nights Tema Bufet Ramadan Di Pullman Putrajaya Lakeside

Selasa, April 18, 2017 Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bufet Ramadan kat sini bagi Maha paling meriah bukan sahaja dengan makanan tapi juga dengan persembahan yang disediakan pada tetamu yang datang. Bertemakan Magical Ramadan Nights kali ini kita serang buffet Ramadan di Pullman Putrajaya Lakeside.


Di hotel ni kat kawasan tengah ada letaknya menara jam dan kat situlah bakal diadakan bufet Ramadan tahun ini. Kawasan lebih terbuka dan lebih luas mampu memuatkan lebih daripada 200 tetamu dalam satu-satu masa. Macam biasalah kalau datang kat Pullman ni yang bawa kereta nak parking kat luar free kalau parking dalam kena cas flat rate. Sini juga mereka sediakan surau yang selesa dan luas untuk solat Maghrib dan Terawih di bahagian bawah menara jam tu.



Macam yang Maha cite tadi sini memang banyak makan dan kawasan sangat luas korang boleh pergi mana-mana sahaja untuk ambil makanan. Kat sini mereka sajikan lebih daripada 300 jenis hidangan dari pelbagai konsep. Paling utama kat sini adalah makanan laut BBQ yang menjadi tumpuan tetamu. Mereka sediakan makanan laut ikan bakar dan sotong yang lembut dan masih segar.






Juga kat sini ada konsep gerai bagi memudahkan tetamu mencari dan memilih makanan. Antara gerai yang ada adalah seperti :-
1) Gerai Durian
2) Salad bar yang segar
3) Gerai pencuci mulut dengan Kunafa
4) Stesen Smoothie, aiskrim Turki, Thai Kitchen, Hong Kong dan Timur Tengah

Juga ada makanan masakan barat, masakan India dan juga masakan cina kat dalam bufet di hotel ini. Bagi yang suka makanan barat ada hidangan dari Itali seperti pizza, lasagna dan pasta. Kalau korang dapat tengok saiz kambing panggang kat dalam bufet ini sama besar dengan saiz ikan bakar yang disediakan tu yang sangat mengejutkan ok.




Bufet ini pastinya dijamin Halal kerana meraka ada pengesahan Jakim so makan lah puas-puas ok. Bufet ini bermula dari 27 Mei 2017 hingga 24 Jun 2017 dari pukul 7.00 petang hingga 10.00 malam. Di kawasan tengah tu akan di adakan persembahan secara langsung muzik tradisional, mainan kanak-kanak, badut, persembahan pemakan api dan persembahan lampu LED, cahaya dan persembahan laser untuk menceriakan mood perayaan kepada semua tetamu yang datang.





Harga bufet kali ini bermula pada harga RM169 nett bagi dewasa dan hanya RM100 untuk kanak-kanak. Untuk menghargai tetamu yang telah beli 10 baucer bufet Ramadan dan dapat satu baucer lagi. Wow menarik ni tapi kena beli cepat lah baru dapat untung kalau datang satu pejabat dah dapat harga murah.





Jadi kalau sapa yang nak rasa suasana mewah dan juga lebih santai tepi tasik dan kolam renang sini lah tempatnya. Ia lebih terbuka dan juga lebih memberi inspirasi waktu malam anda. So nak datang cuba boleh tapi nak makan puas sedap sangat masih kurang di sini. So tepuk dada tanya seleras selamat menjamu selera semua.

Tempahan dan pertanyaan hubungi :-
Tel : 03 8890 0000
Whatapp : 016 8900142
Email : magicalramadhan@pullmanputrajaya.com

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 3.5/5




2 ulasan:

  1. Wahh...best betul baca cerita di blog mahamahu ni.. memang terliur tekak..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih tuan Faizol kalau teliur kena pergi cuba lah hehehe...

      Padam