Buffet Ramadhan,
Pertandingan Memasak Bubur Lambuk Dan Bufet Ramadan Di Menara Kuala Lumpur
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tahun ini Menara Kuala Lumpur akan mengajurkan pertandingan masak Bubur Lambuk sempena dengan Ramadan akan tiba tak lama lagi. Juga mereka ada menyediakan bufet Ramadan kepada pengunjung Menara KL sepanjang bulan Ramadan nanti.
Menara KL ni satu lokasi pelancongan yang cukup popular juga kat KL kerana ia adalah menara ke-5 tertinggi di dunia. Menjadi tumpuan ramai pelancong jadi kat sana memang ada banyak kawasan parking. Juga kat sana ada kemudahan surau untuk solat Marghrib dan solat Terawih bagi korang yang datang berbuka puasa di sana.
Bufet Ramadan di sana menyediakan lebih daripada 40 hidangan makanan tempatan dan international. Paling istimewa kat sini adalah kesukaan orang Malaysia iaitu Roasted Lamb yang dihidangkan setiap hari sepanjang bulan puasa.
Hidangan lain yang ada untuk bufet Ramadan kat Menara KL ni seperti Sambal Sotong, Kari Ikan, Kari Udang, Masak Lemak Nangka, Pajeri Nanas, Kerabu, Ulam-ulam dan Sambal Belacan. Bagi makanan international kat sini ada Pasta dan juga pencuci mulut yang manis-manis.
Bufet Ramadan ini akan bermula dari 1 hingga 23 Jun 2017 dari pukul 6.30 petang hingga 10.00 malam di level Megaview Banquet Hall. Harga untuk bufet Ramadan kali ini hanya RM99++ bagi dewasa dan RM69++ untuk kanak-kanak. Bagi kanak-kanak bawah umur 1-3 tahun adalah percuma. Istimewa pembelian tiket ini akan disertakan dengan tiket percuma ke Pelantar Permandangan (Observation Deck) Menara KL.
Lagi istimewa bagi mereka yang beli sebanyak 10 orang dewasa akan dapat satu bufet dewasa percuma. Sempena dengan bulan Ramadan ini juga menara KL bersama Yayasan Restu akan mengadakan pameran 'Rehlah Nabawiyyah : The Journey of Prophet Muhammas SAW'. Dalam pameran itu akan ada replika bilah Pedang Rasulullah, pameran Al-Quran Lama, Demontrasi Khat Kaligrafi Islam dan macam-macam lagi. Yuran masuk hanya RM5.00 sahaja.
Bagi menyemarakkan lagi sambutan Ramadan yang akan datang pihak Menara KL dengan kerjsama Masjid Jamek Kampong Baharu dan juga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan menganjurkan Pertandingan Memasak Bubur Lambuk 2017. Program ini akan diadakan sebelum bulan Ramadan iaitu pada 29 April 2017 mulai 7.00 pagi hingga 12.00 tengahari di pekarangan Menara KL.
Pertandingan ini adalah antara aktiviti CSR Menara KL dimana mereka akan menjemput 2 rumah anak-anak ASNAF seramai 60 orang pada majlis tersebut. Hidangan Bubur Lambuk ini akan di sedekahkan kepada tetamu yang datang. Jadi ini peluang korang nak tengok bagaimana Bubur Lambuk dimasak secara bergotong-royong dan merasainya juga.
Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 3/5
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 3/5
0 Pandangan: