Buffet Ramadhan,

International Iftar Tema Bufet Ramadan di Restoran Pot&Pan PICC Putrajaya

Jumaat, Mei 05, 2017 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Menjelang tiba bulan yang mulia Ramadan Al Mubarak tak lama lagi, Restoran Pot&Pan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sekali lagi berkongsi kemeriahan berbuka puasa dengan mempromosikan hidangan bufet Ramadan. Bagi warga Putrajaya ini adalah lokasi buka puasa yang paling dekat dan murah.


Di sini menyediakan lebih daripada 300 jenis hidangan makanan daripada barisan chef profesional mereka. Juadah yang disediakan adalah berkonsepkan International Iftar iaitu hidangan antarabangsa dan juadah warisan Melayu. PICC ni tak susah nak cari dan parking pun banyak tiada cas dikenakan dan paling penting ada kemudahan surau untuk solat.

Restoran Pot&Pan ini menyediakan hidangan istimewa yang tiada tempat lain iaitu Nasi Briyani Buloh yang dimasukan dalam buloh nak makan kena tuang nasi ni. Kemudian ada Kaki Lembu Panggan dan Ikan Bakar Istimewa yang boleh makan dengan nasi tadi menarik.




Antara hidangan lain ada kat bufet sini adalah Kari Kambing Rusuk Nangka Muda, Kari Ikan Tenggiri Tomato & Bendi, Rendang Tok, Daging Hitam Manis dan Nasi Dagang. Bagi penggemar makanan pantai timur pula ada Nasi Kerabu, Daging Bakar, Ayam Perchik yang sangat sedap sosnya dan Solok Lada.






Tu makanan berat ada juga pencuci mulut ala kampung seperti Pengat Nangka, Pengat Pisang, Bubur Kacang Hijau Durian, Talam Cendol, Kuih Lapis, Wajik Durian dan Talam Keladi. Hidangan tradisi ini pasti menggamit rasa pelanggan yang mengemari kuih-muih tradisional. Nak juga Putu Mayam dengan Gula Melaka, Kek Pandan, Tat Keju, Pulut Mangga, Puding Coklat semua sedap dan sweet.






Tahun ini juga PICC masih mengekalkan artis jemputan sepanjang bulan Ramadan iaitu siapa lagi kalau bukan Rosma AF. Makan sambil berhibur memang rasa kenyang puas tau makan sini banyak pilihan. Bagi meriahkan bulan Ramadan Al-Mubarak pihak pengurusan akan mengagihkan 1,000 bungkus Bubur Lambuk percuma pada 29 Mei dari pukul 4.00 petang di pintu utama PICC.


Harga bufet Ramadan yang ditawarkan iaitu RM98.00 untuk dewasa dan bagi kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun hanya RM49.00. Bermula 13 April hingga 15 Mei 2017 restoran Pot&Pan menawarkan promosi dengan potongan 15% bagi pelanggan terawal manakala 20% pula untuk tiker secara online bermula 21 April hingga 15 Mei 2017.





Jadi datang sini juga sesuai dan tidak rugi memang menarik makanan pun banyak suasana pun luas tapi ramai orang ok. Walk ini kat sini pun ok tak sesak sangat lagi senang booking jer atau beli dalam talian. Selamat mencuba semua ok.

Tempahan dan pertanyaan hubungi :
Tel : 03-8887 6000 / 013-5299 496
Laman web : www.picc.com.my

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 3.5/5






0 Pandangan: