Buffet Ramadhan,

Khas Untuk Warga Segamat Bufet Ramadan Bertemakan Selara Al-Mubarak Di VIP Hotel

Isnin, Mei 22, 2017 Mahamahu 4 Comments


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu Maha cite pasal tempat buka puasa area KL jer kan tapi kali ni Maha nak bawa korang nun jauh di selatan tanah air untuk orang-orang Johor berbuka puasa. Kali ni kita travel sikit sampai ker Segamat Johor untuk mencari tempat berbuka puasa yang menarik.


Terima kasih kepada VIP Hotel Segamat kerana sudi menjemput Maha untuk menjejakan kaki pertama kali ker sana. Maha tak pernah sampai Segamat ok tapi kali ini bila dapat pergi sana memang rasa bertuah sangat. Kalau tak ada apa-apa urusan kerja rasa tak sampai ker Segamat ni.


VIP Hotel adalah satu-satunya hotel bertaraf 3 star pada kemudahan seperti 5 bintang. Walaupun terletak jauh di selatan kat sana hotel ni tetap ada kolam renang dan juga gym tau. Tu nanti Maha cite lebih detail kat post yang akan datang tentang bilik dan semua kemudahan kat hotel ni. Cuma kali ni Maha nak cite pasal bufet Ramadan yang mereka tawarkan buat warga Segamat.


Hotel ni kalau sapa datang untuk berbuka puasa Ramadan ini sangat tenang sebab bandar Segamat ni tak ada jem dan juga kawasan parking kat area hotel banyak dan percuma ok. Hotel ni ada satu cafe yang diberi nama The Chef yang menyediakan bufet Ramadan.
Tema bufet kali ini adalah Selera Al-Mubarak dan kafe ini mendapat sijil Halal dari Jakim jadi makan tanpa was-was.




Bufet Ramadan kali ini mengetengahkan pelbagai hidangan dari pelbagai bangsa di Malaysia. Dari pembuka selera kat sini cukup popular dengan Otak-Otak, Satay Ayam dan Daging, Kerabu Sotong dan banyak lagi. Maha suka satay sini sebab ia sangat lembut dan perapan yang padu.





Kemudian main couse bufet Rmaadan kat sini meraka menyediakan dari hidangan Melayu seperti Ayam Perchik Johor, Siakap Asam Pedas, Ikan Bakar Dengan Air Asam dan juga Kupang Masak Lemak Nanas. Paling Maha suka adalah Ayam Perchik Johor mereka memang rasa ayam lembut dan perapan perchik sedap bersama dengan sos perchik yang melengkapi.




Tu untuk masakan Melayu kat sini ada juga masakan dari bangsa Cina yang popular seperti Udang Goreng dengan Serbuk Bijirin, Ketam Masak Bercili, Daging Lembu Bakar dengan Sos Lada Hitam dan banyak lagi. Yang ni Maha paling suka adalah daging lembu yang dibakar rasa lembut dan sos lada hitam yang pekat dan memikat.



Bagi pencuci mulut pula bufet Ramadan di hotel ini sangat menarik kerana ada Kolak Labu, Caramel Banana dan juga buah-buahan yang segar. Kolak Labu tu selalu orang kita panggil Pengat Labu sama jer. Ini yang Maha tunjuk ni separuh sahaja baru tau tapi sebenarnya ada banyak lagi hidangan tak silap dalam 50 ke 60 hingan bufet Ramadan termasuklah makanan kegemaran ramai iaitu Kambing Golek special dari hotel ini.


Nanti masa sebenar Ramadan mereka akan hiasan hotel dengan konsep yang meriah siap ada stall lagi kat luar berhampiran dengan kolam renang. Jadi tetamu yang datang nak berbuka puasa kat sini boleh makan sambil menikmati cahaya bulan di bawah taburan bintang-bintang waktu malam. Jangan bimbang hotel ni ada sediakan ruang solat untuk solat Maghrib bagi tetamu yang datang.


Harga pula bagi Maha ia satu yang sesuai dengan suasana dan makan di hotel ini. Harga bagi seorang dewasa RM55.00 nett manakala harga kanak-kanak hanya RM35.00 nett sahaja. Ada lagi promosi 10% diskaun bagi setiap tempahan awal sebelum 5 Jun 2017 dan juga beli 9 percuma 1 sebelum 23 Jun 2017. Bufet Ramadan kali ini akan bermula dari 29 Mei hingga 23 Jun 2017 dari pukul 6.30 petang hingga 10.00 malam.


So buat warga Segamat ini masa untuk bawa family dan kawan-kawan untuk bufet buka puasa di VIP Hotel. Tak rugi pun sekali sekala bawa mereka yang kita sayang untuk merasai buka puasa di hotel. Kalau yang datang menginap kat hotel ni sepanjang Ramadan juga ada promosi penginapan sekali tau.


Bagi yang menginap kat hotel ni bulan Ramadan kalau ada urusan kerja atau bercuti korang boleh dapat Ramadan Stay Promotion. Di mana menginap 2 hari 1 malam dengan bilik Standard Twin Room atau Queen harga yang ditawarkan hanya RM138nett per room. Ini juga termasuk Bufet Sahur untuk 2 orang. Manakala kalau korang nak bufet buka puasa yang Maha cerita tadi akan dapat diskaun 10%. Ini untuk mereka yang menginap dalam tempoh 27 May hingga 22 June 2017 sahaja.

Tempahan dan pertanyaan boleh hubungi pihak hotel seperti di bawah:-

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3/5
Harga : 4/5




4 ulasan: