Dessert,
Minuman yang menarik Maha dah cuba kat sini adalah Nectar Fruit Tea dalamnya ada rasa teh bersama campuran jeli buah-buahan. Ada rasa masam dan manisnya tapi untuk tegupan pertama korang akan dapat rasa kicknya. Lepas tu baru korang boleh habiskan minuman ini. Bagi pecinta kopi dan smoothies sini pun ada banyak nak list tak muat kat sini hehehe.
Lava Salted Egg Cheese Tart Rangup Di luar Cair Di Dalam Hanya di Donutes Coffee & Cake Baking
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Cuba korang bayangkan apabila cheese meleleh bersatu dengan telur masin yang merah kepekatan masuk dalam mulut korang. Apa yang korang dapat bayangkan mesti sedap menarik tetarik dan rasa nak berkali-kali betul tak. Ini yang terbaru bulan mei ni daripada Donutes Coffee & Cake Baking cawangan Puchong Jaya.
Lava Salted Egg Cheese Tart |
Maha suka gila telur masin tak kisah masak apa, pulak tu tambah dengan cheese lagi lah tak terkata. Ini pertama kali Maha dapat makan sendiri Lava Salted Egg Cheese Tart yang rangup di luar dan cair di dalamnya. Pertama kali makan ni memang terasa sangat teruja dan juga rasa nak makan berbiji-biji lagi tak puas.
Kenapa ia Lava kerana korang tengok kat luar tart ini nampak garing dengan crust yang lembut tidak hancur bila dipegang. Kemudian gigit sekali dalam mulut terpacul kecairan lava daripada gabungan cheese dan juga telur masin. Kena makan time panas-panas ok memang menggiurkan.
Akan mula dijual 6 Mei ini di Donutes Coffee & Cake Baking cawangan Puchong Jaya sahaja pada harga RM6.90 satu. Tapi pasti korang tak akan beli satu korang akan dapatkan satu dozen baru puas. Kalau korang bawa balik tart ini masih boleh cair kat mulut ok korang hanya perlu panas semula dalam oven selama 2-3 minit dengan suhu 150°C lepas tu terus makan.
Kesedapan ini semua adalah kerana restoran ini telah berada dalam industri baking selama lebih 25 tahun bermula dari Taiwan. Pada tahun 2013 cawangan Puchong Jaya menjadi branch pertama di Malaysia bagi memberi keniknamatan bakery di sini. Selain daripada tart yang baru diperkenalkan tu mereka juga telah ada beberapa menu yang menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia.
Danish Polo Bun |
Taiwan Rosong |
Paling hot item dan menjadi no.1 pilihan rakyat Malaysia di sini adalah Danish Polo Bun yang menjadi bun terjual 1 million dalam masa 365 hari setahun. Cuba korang bayangkan betapa lakunya bun ni yang terjual kat sini. Manakala pilihan kedua rakyat Malaysia di restoran ini pula adalah Taiwan Rosong yang terjual 450,000 dalam tempoh yang sama juga.
Golden Liu Sha Mini Croissant |
Memang semua ini kalau datang cuba tak rugi rasa nak lagi sebab Maha pun dah cuba memang terbaik. Pilihan ke.3 rakyat Malaysia pula adalah Golden Liu Sha Mini Croissant yang terjual sebanyak 350,000 dalam masa tempoh itu juga. Semua yang Maha dah makan kat sini adalah yang terbaik dan telaris jadi korang kena datang sini dan cuba semua yang Maha nyatakan ini.
Selain daripada apa yang Maha cite tadi kat restoran ini adalah lebih daripada 100 jenis bakery yang memang boleh buat rambang mata nak pilih mana. Harga juga berpatutan dan sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang. Kalau beli roti mereka korang boleh beli juga minuman kat sini so lengkap hidangan korang.
Minuman yang menarik Maha dah cuba kat sini adalah Nectar Fruit Tea dalamnya ada rasa teh bersama campuran jeli buah-buahan. Ada rasa masam dan manisnya tapi untuk tegupan pertama korang akan dapat rasa kicknya. Lepas tu baru korang boleh habiskan minuman ini. Bagi pecinta kopi dan smoothies sini pun ada banyak nak list tak muat kat sini hehehe.
Nak cari restoran ni korang leh waze jer Donutes Coffe & Cake Baking Puchong Jaya. Kawasan ni agak senang nak cari tapi agak susah nak parking kalau naik LRT boleh tutun kat stesen IOI Puchong Jaya tapi kena menapak sikit lah. So tunggu apa lagi 6 Mei boleh pergi cuba menu baru mereka ini Maha dah cuba korang bila pulak. Selamat mencuba semua.
Promosi dan pertanyaan hubungi :
Alamat : Donutes Coffee & Cake Baking Puchong
No 7, Jalan Kenari 6,
Bandar Puchong Jaya
Tel : 03-5880 7038
Facebook : https://www.facebook.com/DonutesMalaysia
Instagram : https://www.instagram.com/DonutesMalaysia
Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5
perghhh terliur habis tengok ni.
BalasPadamHehehehe nanti uncle belanja kita ok..
PadamSedapnya
BalasPadamMemang sedap...
PadamLapar lah pulak
BalasPadamSama lah lapo....
Padamterliurlah tu
BalasPadamHehehe kena cuba ok..
PadamSedap sangat nampak tu maha
BalasPadamSedap lah kalau tak sedap tak cite kat korang..
PadamMaha kejam..buat akak tertelan telan ayak lioq kat umah ni.
BalasPadamTak lehh jadik ni...nak kena gi sana jugak..nak rasa semua..hehehe
Hehehehe kena pergi akak bawa saya sekali ok wakakaka..
Padamwow.. meleleh cheese dia...
BalasPadamIa bukan cheese sahaja tapi ada juga salted egg dalam tu campuran sempurna...
Padam