Aktiviti,

Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017 Bakal Lebih Meriah

Rabu, Mei 10, 2017 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bulan September hingga Oktober tahun ini akan belangsungnya satu lagi aktiviti besar-besaran kerajaan dalam mengiktiraf pengusaha dalam industri pertanian, penternakan dan nelayan. Akan diadakan sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 yang bertempah di MAEPS Serdang.


Sebelum ni kita selalu dengar MAHA jer kan tapi kali ini akan ada HPPNK 2017. Sasaran kerajaan setengah juta pengunjung yang bakal memeriahkan program selama 4 hari ini. Menurut kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, kerajaan akan terus mengiktiraf wira tani negara dan meraikan makanan terbaik negara ke satu tahap tertinggi menerusi anugerah yang dipertandingkan dalam program tersebut.

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Akan ada anugerah kepada hasil inovasi pertanian, penternakan dan nelayan yang inovatif dan mampu menaikan daya saing hasil pertanian negara. Bertemakan “Makanan Kita Masa Depan Kita”, menghargai golongan ini dalam usaha memastikan sumber makanan negara terus dipertingkat dan berkualiti. Melalui HPPNK, peladang, penternak dan nelayan serta usahawan tani akan terus meningkatkan hasil kualiti dan tambah nilai melalui pertandingan yang diadakan dan dipamerkan.



Ni part Maha kena pergi iaitu sambutan hari tu juga akan diadakan MyFF iaitu Malaysia Food Festival dimana semua pengusahan dan vendo makanan dari seluruh negara akan diberi peluang untuk menyertai dan menghidangkan makanan masing-masing. Para pengunjung berpeluang menikmati sajian makanan yang disediakan di samping dapat mendalami situasi pengeluaran, penghasilan dan persembahan makanan di Malaysia.



MyFF ini berinspirasikan kepada elemen seperti :- 

  1. Makanan: Penghasilan makanan yang sihat dan selamat.
  2. Masakan: Penyediaan makanan melalui demonstrasi makanan oleh chef terkemuka.
  3. Teknologi makanan: Pameran Teknologi Makanan seperti pembungkusan.
  4. Hidangan: Pelbagai jenis juadah dan menu akan dipersembahkan.
  5. Agro-pelancongan: Nikmati pengalaman Agropelancongan dengan menyertai The Gourmet Tour, Lawatan sekeliling MAEPS sambil menjamu selera. 
  6. Komuniti: Menyatukan komuniti melalui konsert Rhythm of The Farmers (ROTF) dan juga Jualan Food Truck.


Kementerian juga mengalu-alukan penyertaan daripada Exhibitor, jualan dan rakan strategik yang ingin terlibat dalam HPPNK kali ini. Untuk maklumat lanjut dan terkini @HPPNK2017 di FB, Twitter dan Instagram. So korang boleh set dalam kalender untuk event seperti berikut :-

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017
Tarikh : 29 September hingga 1 Oktober 2017
Masa : 10.00 pagi hingga 9.00 malam  
Lokasi : MAEPS Serdang








0 Pandangan: